Header Ads

Loading...

Rakaman CCTV Dakwa 'Pocong' Muncul Di Stesen MRT

 'Pocong' Berjaya Dirakam CCTV Di Stesen MRT

Semalam kita disajikan dengan kisah patung Anabelle yang telah 'muncul' di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) sebagai penjaga stesen berkenaan.

Ia kononnya muncul sebagai penjaga dan peringatan kepada pengguna MRT agar tidak 'buat hal' seperti telah berlaku sebelum ini di mana baru beberapa hari beroperasi MRT telah menjadi mangsa vandalism selain beberapa kes penumpang melanggar undang-undang di dalam MRT lapor Malaysia Gazette.

Rakaman CCTV Dakwa 'Pocong' Muncul Di Stesen MRT

Itu semalam, patung Anabelle memang diletakkan oleh pihak Rapid KL, tetapi terbaru tular pula beberapa keping gambar yang mendakwa kelibat lembaga berwarna putih berbungkus didakwa pocong telah muncul di Stesen MRT Cheras.

Gambar kelibat pocong itu dikatakan telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kini tular Facebook, Twitter dan beberapa group aplikasi Whatsapp.

Rakaman CCTV Dakwa 'Pocong' Muncul Di Stesen MRT

Kerana gambar itu ada di kalangan netizen melahirkan rasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan tren itu pada waktu malam bimbang terserempak atau diganggu lembaga itu.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, imej itu telah disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas di bilik kawalan namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.

Bagaimana pun, gambar berkenaan tidak dapat dipastikan kesahihannya selain tarikh dan dan lokasi sebenar belum berjaya dibuktikan.

Ada netizen menyatakan, gambar itu mungkin telah disunting atau telah diedit menggunakan aplikasi telefon dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakutkan orang ramai.

(Baca: Kelibat Pocong Di MRT, RAPID Rail Tampil Cerita Kisah Sebenar)
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.