Header Ads

Loading...

"Saya Dan Joy Revfa Tidak Pernah 'Lakukan' Hubungan Suami Isteri" - Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun Dedah Dia Dan Joy Revfa Tidak Pernah Melakukan 'Hubungan' Suami Isteri

Bagi menjawab kekeliruan dan kekecohan mengenai rumah tangga mereka, Hafiz Hamidun sebentar tadi telah melakukan sidang media.

Menerusi sidang media tersebut, Hafiz menjelaskan bahawa Joy Revfa pernah berkahwin di Thailand bersama bekas suami.

Namun masih belum ada surat penceraian yang sah selepas beliau diceraikan melalui aplikasi Whatsapp lapor ROTIKAYA.

"Saya Dan Joy Revfa Tidak Pernah 'Lakukan' Hubungan Suami Isteri" - Hafiz Hamidun

Bagaimanapun Hafiz sering meminta Joy menyelesaikan masalah surat perakuan cerai tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan di masa depan namun Joy sering mengelak dan memberikan alasan. 

Tetapi perkahwinan diantara mereka diteruskan di atas surat perakuan janji untuk Joy mendapatkan surat cerai itu selepas akad nikah mereka.

Oleh kerana Joy sering memberikan alasan dan mengelak, timbul rasa keraguan didalam diri, Hafiz sekaligus mengajak Joy untuk ke Songkhla bersama-sama bagi menyelesaikan urusan cerai taklik isterinya dan bekas suaminya di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Dan permohanan cerai taklik Joy diterima dan disahkan pada 13 Julai.

"Saya Dan Joy Revfa Tidak Pernah 'Lakukan' Hubungan Suami Isteri" - Hafiz Hamidun

Manakala pada 8 Ogos pula pasangan itu telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surah pengesahan tersebut namun hasil siasatan mendapati Joy masih dalam ikatan perkahwinan dengan suami terdahulu ketika mereka bernikah pada 1 Mei. Setelah perbincangan dengan pihak mahkamah, Hafiz membuat permohanan pembubaran perkahwinan.

Secara ringkasnya dan senang untuk difahami bersama, perkahwinan Hafiz dah Joy difahamkan tidak sah kerana status Joy sebagai isteri orang masih sah ketika mereka berkahwin. Malah dalam masa yang sama, Hafiz menafikan dakwaan isterinya bahawa mereka pernah melakukan hubungan suami isteri sepanjang berkahwin kerana perasaan ragu mengenai status Joy.

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.