Header Ads

Loading...

Selepas Buat Kenyataan Sokong Tun Mahathir, Populariti Siti Nurhaliza Jatuh Merudum?

Selepas Buat Kenyataan Sokong Tun Mahathir, Siti Nurhaliza Kini Kena 'Pulau'?

Siti Nurhaliza Tarudin dilihat berada dalam keadaan terdesak apabila merayu menerusi laman sosial Twitter supaya stesen radio ERA fm memutarkan lagu baharunya.

Nampaknya populariti isteri Datuk K itu merudum dengan teruk. Perkara itu berikutan lagu baharu berkenaan berjudul Segala Perasaan masih belum dimainkan biarpun sudah dilancarkan secara rasmi pada April lalu.

Populariti Siti Nurhaliza Jatuh Merudum

“@ERA_fm , Salam hormat kepada seluruh warga kerja Era. Saya nak buat permintaan lagu Segala Perasaan. Budi baik kalian, saya & Sitizoners hargai,” tulisnya pada Khamis.

Status tersebut mendapat lebih 100 kali ulang siar (repost) daripada peminat-peminatnya iaitu Siti Zoners.

Status Siti Nurhaliza turut mendapat jawapan daripada ERA Fm. Bagaimanapun, Stesen radio berkenaan kemudian membalas permintaan dengan meminta peminat-peminat penyanyi itu terus membuat permintaan lagu tersebut.

“Terima kasih Dato. Lagu Segala Perasaan masih dlm Carta Lagu Baru Nak Up. Sitizoners perlu teruskan meminta lagu ini & mengundi di era.fm :),” tulisnya.

Selepas Buat Kenyataan Sokong Tun Mahathir, Populariti Siti Nurhaliza Jatuh Merudum?

Sementara itu, jawapan yang diberikan stesen radio itu dianggap tidak adil berikutan lagu-lagu artis baharu dikatakan lebih mendapat perhatian berbanding lagu penyanyi kesayangan mereka.

Segelintir peminat yang mendakwa sudah melakukan undian dan permintaan sejak Jun lalu namun lagu tersebut masih berada di tempat yang sama.

Lagu Segala Perasaan merupakan lagu ciptaan Ivan Lahardika. Ia termasuk dalam album ke 17 beliau berjudul SimetriSiti.

Populariti Siti Nurhaliza Jatuh Merudum

Mungkin Siti perlu mencari sebab sebenar lagu beliau tidak dimainkan dalam radio? Ramai rakyat Malaysia dikatakan meluat dengan sikap Siti menyokong pembangkang yang mengkhianati kedaulatan negara kita. 

Jika Siti mahu berpolitik maka terjunlah dalam bidang politik dan tinggalkan bidang nyanyian. Beliau hanya merosakkan industri hiburan tanahair sahaja lapor utranews.

Dengarkan lagu terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang bertajuk 'Segala Perasaan' di bawah.

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.