Header Ads

Loading...

Selfie Dengan Putera Abdul Mateen, Fatiya Latiff Dicemburui Ramai Gadis

Loading...
Ramai Jealous Lihat Fatiya Latiff Selfie Dengan Putera Abdul Mateen

Sesiapa yang mengikuti perkembangan kejohanan Sukan SEA Ke-29 pasti tahu baru-baru ini telah berlangsungnya perlawanan acara ekuestrian polo antara Malaysia dan Brunei.

Ramai yang turut hadir menonton, di samping ‘cuci mata’ melihat putera kacak Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah termasuklah Fatiya Latiff yang sempat ‘berselfie’ dengannya.

Selfie Dengan Putera Abdul Mateen, Fatiya Latiff Dicemburui Ramai Gadis

“Saya pergi situ sebab kawan yang ajak, dia memang minat sukan polo. Saya teman dia saja, sambil tu sempat juga menonton pertandingan tersebut. Sebenarnya, saya tak beria-ria sangat nak berswafoto dengan Putera Abdul Mateen tapi bila sudah ada peluang saya tak mahu lepaskan. Saja nak tunjuk pada gadis-gadis yang minat pada putera tersebut”

Menurut Fatiya, beliau ke sana bersama rakan sesama artis, Tengku Hanis untuk menonton perlawanan polo ekuestrian diantara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Abdul Mateen. Kalau dilihat pada video di media sosial, ramai gadis-gadis sanggup menunggu dari pagi demi bergambar dengan putera kacak itu lapor ROTIKAYA.

Selfie Dengan Putera Abdul Mateen, Fatiya Latiff Dicemburui Ramai Gadis

Memang bertuah Fatiya dapat berpeluang bergambar secara peribadi bersama Putera Abdul Mateen. 

Malah perkongsian gambar tersebut di Instagram juga mendapat komen yang banyak dari peminat yang mencemburi pelakon itu.

Dalam masa yang sama ada juga sempat mengusik pelakon itu yang kelihatan padan disisi putera kacak Brunei. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.