Header Ads

Loading...

Setia Ke Hujung Nyawa. Demi Menyelamatkan Tuannya, Dia Rela Berkorban Hingga Tergadai Nyawa.

Demi Menyelamatkan Tuannya, Anjing Ini Sanggup Menggadai Nyawanya

Anjing sememangnya memiliki sifat kesetiaan dan penyayang terhadap tuannya. Sesetengah anjing sanggup menggadaikan nyawa dalam melindungi tuannya.

Achy Wijaya yang tinggal di Merauke, Indonesia telah terkejut setelah melihat satu peristiwa menyayat hati pada satu pagi. Malam sebelum kejadian, dia memaklumkan ada mendengar anjing peliharaannya menyalak tidak henti-henti.

Pada pagi keesokan harinya, dia telah menemui anjingnya terbaring dipercayai diracun.

Setia Ke Hujung Nyawa. Demi Menyelamatkan Tuannya, Dia Rela Berkorban Hingga Tergadai Nyawa.

“Mereka gagal untuk merompak rumah saya kerana anjing kami terus menyalak. Kami hanya mengetahuinya pada keesokan hari. Anjing kami telah diberi racun oleh pencuri tersebut,” kata Achy.

“Malam itu kami semua sudah tidur dan tidak mempedulikan nyalakan anjing kami. Kami menyangkakan ia menyalak kerana melihat kucing tetapi tiba-tiba, bunyi nyalakannya terhenti”.

“Keesokan harinya, saya bangun dari tidur dan melihat anjing saya terbaring kaku dengan badannya dipenuhi muntah, mulutnya berbuih”.

Setia Ke Hujung Nyawa. Demi Menyelamatkan Tuannya, Dia Rela Berkorban Hingga Tergadai Nyawa.

Tambah Achy lagi, “Kami ingin membawanya ke klinik haiwan tetapi hari itu adalah hari Ahad jadi, klinik ditutup”.

“Kami telah cuba menghilangkan kesan racun itu dengan memaksanya meminum susu. Kami juga cuba membuatkannya minum minyak dan air kelapa tetapi tidak berhasil”.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.