Header Ads

Loading...

Siti Nurhaliza Buka Mulut Isu Bendera Terbalik Buat Netizen Indonesia Terkedu Tak Terkata

Loading...
Netizen Indonesia Terkedu Tak Terkata Selepas Siti Nurhaliza Buka Mulut Isu Bendera Terbalik

“Persaudaraan ini amatlah bererti”

Insiden bendera terbalik memang hangat sekitar seminggu lalu, namun hal ini masih membekas di hati sejumlah netizen di Indonesia.

Siti Nurhaliza Buka Mulut Isu Bendera Terbalik Buat Netizen Indonesia Terkedu Tak Terkata

Ada sahaja netizen yang berang malah berbalas dendam ketika SEA Games 2017 sedang berlangsung.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza turut memberi reaksi mengenai hal ini.

“Salah satu tweet dari negara jiran (Indonesia). Manis. Setiap kali ada sesuatu yang terjadi, persaudaraan ini tak boleh dipisahkan. Saling menghormati sesama kita. Sebagaimana saya (Siti Nurhaliza) menyayangi fans rantau, begitulah sebaliknya,” tulis pelantun Cindai ini dalam kapsyen Instagramnya semalam (24/08).

Siti Nurhaliza Buka Mulut Isu Bendera Terbalik Buat Netizen Indonesia Terkedu Tak Terkata

Seiring kapsyen tersebut, Siti Nurhaliza memuatnaik screen capture dari seorang pengguna twitter berasal dari Indonesia, Aris Kurniawan.

Dalam tweet tersebut Aris mengatakan,

“Bendera Indonesia dipasang terbalik? Anggap saja ini ujian untuk kesabaran kita. Jangan marah. Aku tak mau kehilangan Siti Nurhaliza.”

Siti Nurhaliza Buka Mulut Isu Bendera Terbalik Buat Netizen Indonesia Terkedu Tak Terkata

Posting dengan nada perdamaian yang disampaikan oleh diva Malaysia ini sebenarnya mahu netizen Indonesia menghentikan pertengkaran dengan masyarakat orang Malaysia.

Semoga ikatan hubungan negara kita dan Indonesia masih utuh walaupun ada sedikit persengketaan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.