Header Ads

Loading...

Sufi Rashid Kongsi Kisah Gelap Dicabul Lelaki Pedofil Seawal Umur 12 Tahun

Loading...
Sufi Rashid Dedah Kisah Gelap Jadi Mangsa Kerakusan Lelaki Pedofil Seawal Umur 12 Tahun
"Demi Allah saya katakan saya tak dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku." - Sufi Rashid

Hari demi hari, kes penderaan seksual kanak-kanak semakin meningkat. Ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan semua pihak dan pastinya memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa.

Menjadi mangsa pedofil semestinya adalah satu fasa kehidupan yang amat sukar untuk dilalui. Memori-memori hitam tersebut amat susah dilupakan oleh mangsa dan kadangkala menghantui mangsa seumur hidup.

Seperti yang diceritakan oleh Sufi Rashid, juara Akademi Fantasia 2015, satu ketika dulu beliau pernah menjadi mangsa pedofil dan detik hitam yang dilaluinya itu memang tidak dilupakan sehingga hari ini.

Memetik laporan says.com, Sufi memberitahu, pengalaman pertama beliau sebagai mangsa pedofilia bermula sejak beliau berumur 12 tahun.

Sufi Rashid Kongsi Kisah Gelap Dicabul Lelaki Pedofil Seawal Umur 12 Tahun
Sufi Rashid, juara Akademi Fantasia 2015.

Pada ketika itu beliau dipilih sebagai salah seorang penyanyi idola kecil dan mempunyai seorang pengurus yang perlu menguruskan jadual hariannya

Beliau memberitahu, hubungan mereka berdua sangat akrab tidak ubah seperti abang dan adik. Pengurus yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan sangat penyayang dan memang menjaga beliau dengan baik sehinggalah satu malam apabila Sufi diajak untuk tidur di rumahnya.

"Semasa itu umur saya 12 tahun dan tidak tahu beza baik dan buruk. Malam tu dia cuba ambil kesempatan dekat saya. Dia suruh saya buka baju, tidur dengan dia dan suruh saya pegang 'pisang' dia.

"Sebagai mangsa pedofil, demi Allah saya katakan saya tak dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku," ceritanya.

Sufi Rashid Dicabul Lelaki Pedofil Seawal Umur 12 Tahun

Beliau memberitahu beliau diumpan dengan permainan video game untuk melakukan perkara keji tersebut.

Sebagai seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun, Sufi sendiri tidak mampu menilai adakah perkara yang dilakukannya itu adalah benar atau salah. 

"Waktu itu saya tak tahu nak kata perkara itu betul atau salah. Tapi saya malu nak berkongsi perkara tersebut dengan ibu saya.

"Tapi dia pandai berlakon bagi mengelakkan ibu dan orang luar tahu mengenai perkara tersebut," sambungnya lagi.

Sehingga satu masa, Sufi dan rakannya pernah digari oleh polis yang dihubungi oleh ibunya sendiri akibat mengasari pengurusnya itu.

"Sampaikan saya dan kawan saya pernah bertumbuk dengan lelaki tersebut dan digari polis. Ibu saya sendiri yang hubungi polis bukan mengambil tindakan terhadap dia tapi terhadap saya. Sampai macam tu sekali," katanya.

Menurutnya, laporan pernah dibuat tetapi kes beliau itu telah ditutup kerana tiada bukti. 

"Kalau Islam tu menghalalkan pembunuhan, kalau saya jumpa dia saya bunuh dia. Dia sangat kejam dengan saya, sangat kejam dengan ibu saya dan keluarga saya" katanya dalam nada tegas.

Pengalaman menjadi seorang mangsa pedofil pastinya memberi kesan yang cukup mendalam terhadap mangsa-mangsanya. Kami doakan semoga Sufi terus tabah dan berjaya dalam karier beliau.

Tonton video temuramah pendedahan Sufi Rashid jadi mangsa Lelaki Pedofil Seawal Umur 12 Tahun di bawah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.