Header Ads

Loading...

Tak Tahan Dikritik, Syamsul Yusof ‘Sound’ Redza Minhat

Akhirnya Syamsul Yusof Buka Mulut, ‘Sound’ Redza Minhat

Minggu lalu berlaku sedikit salah faham antara Syamsul Yusof dan Redza Minhat di Twitter. Menerusi laporan Berita Harian, Syamsul mendakwa tindakannya memuat naik nota yang mengaitkan Redza Minhat bertujuan mahu menyedarkan pelakon itu supaya tidak lagi memandang rendah kejayaan orang lain.

Berikut penjelasan Syamsul.

Tak Tahan Dikritik, Syamsul Yusof ‘Sound’ Redza Minhat

Minta hormat karya orang lain

Ia bukan soal lupa diri, tetapi lebih kepada (pesanan) jangan ingat kita lebih bagus daripada orang lain. Jangan pernah rasa kita lebih hebat dan orang lain semuanya gagal.

Prinsip saya mudah saja, kalau sesebuah filem itu berjaya, kita kena hormat. Cara yang saya lakukan itu hanyalah untuk menyedarkan dirinya. Saya harap dia faham.

Cuba contohi pengarah hebat lain seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba. Walaupun beliau menghasilkan filem seni, tetapi tak pernah menghakimi karya orang lain.

Tambah Syamsul, Redza sebelum ini banyak mempertikaikan kejayaan filem arahannya di laman sosial.

Jaga perasaan

Syamsul Yusof ‘Sound’ Redza Minhat

Saya nak tanya, berapa filem dia sudah hasilkan? Tak tahulah kalau dia berada pada kedudukan saya sekarang, bagaimana agaknya dia menilai hasil kerja orang lain?

Kalau dia rasa apa yang dilakukannya itu atas dasar hak kebebasan bersuara atau sekadar mengkritik, apa perasaannya jika saya buat perkara sama terhadap karyanya?

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.