Header Ads

Loading...

Wajah Terkini 'Ceplos' Yang Buat Ramai Wanita Tergoda

Loading...
Inilah Rupa Terkini 'Ceplos' Yang Buat Ramai Wanita Cair

Drama bersiri yang bertajuk 'Ceplos' suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena di negara ini. 

Walaupun nama Shazrin Shazwan(pemegang watak ceplos) tidaklah terkenal seperti Fattah Amin, namun lakonannya yang menjadi membuatkan ramai suka menonton drama Ceplos.

Ceplos adalah drama bersiri lawak seram yang mengisahkan seekor jin baik yang bernama Ceplos.

Pelakon yang popular dengan drama bersiri Ceplos, Muhammad Shazrin Shazwan menjelaskan tidak kisah jika sering diberi watak sebagai jin atau hantu dalam drama atau filem.

Muhammad Shazrin sebaliknya berkata, dia bersyukur dengan peluang diberikan oleh penerbit drama atau filem dan menyifatkan sebagai rezeki dalam bidang lakonan.

Wajah Terkini 'Ceplos' Yang Buat Ramai Wanita Tergoda

Popular kerana watak Ceplos

“Saya tidak kisah sering dikaitkan dengan watak jin atau hantu kerana menerusi peranan itu yang telah mempopularkan diri saya terutamanya melalui siri Ceplos.

“Tiada ada sebab untuk saya merungut kerana itu adalah rezeki saya dalam bidang ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika diberi peluang dia ingin membawa watak yang lebih mencabar seperti memegang peranan sebagai gengster, orang hilang upaya dan sebagainya.

Ujarnya, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan secara tidak sengaja tetapi setelah beberapa ketika melakukannya dia semakin cintakan bidang itu.

Wajah Terkini Shazrin Shazwan, 'Ceplos' Yang Buat Ramai Wanita Tergoda

“Saya sebelum ini hanyalah seorang pembantu kepada jurukamera tetapi sejak berlakon saya semakin seronok dan mula mendalami selok-belok mengenai lakonan.

“Sudah tentu saya ingin mengembangkan sayap sebagai pelakon yang berkaliber dan berkebolehan memegang pelbagai watak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Shazrin berkata, pengalaman membintangi filem pertamanya, Pak Pung arahan Fauzi Nawawi cukup mencabar kredibiliti sebagai pelakon.

Ujarnya, walaupun masih memegang watak jin dalam filem tersebut, tetapi menurutnya ia berlainan daripada sebelum ini kerana perlu memainkan peranan sebagai jin lembut.

“Susah sebenarnya nak membawa watak lembut kerana perlu membuat lenggok badan yang lemah gemalai dan gaya percakapan berbeza. Bagaimanapun Abang Fauzi banyak membantu dalam menghidupkan watak tersebut.

“Bagaimanapun saya seronok dapat memegang watak ini kerana ia memberi saya banyak pendedahan dalam teknik lakonan,” ujarnya.

Wajah Terkini Shazrin Shazwan, 'Ceplos' Yang Buat Ramai Wanita Tergoda

Di mana Ceplos sekarang?

Setelah lakonannya di dalam drama bersiri Ceplos, Shazrin Shazwan sudah jarang kelihatan berlakon di dalam drama-drama lain. Dimanakah dia menghilang? Menerusi pemerhatian kami di laman sosial facebooknya, Shazrin Shazwan masih lagi aktif dalam bidang seni namun berada disebalik tabir dan tidak lagi berlakon seperti dahulu. Apa-apapun kami doakan semoga Shazrin Shazwan terus maju jaya dalam segala bidang kerjaya yang beliau ceburi.

Tonton video di bawah untuk melihat wajah terkini 'Ceplos'.



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.