Header Ads

Loading...

Walaupun Menjadi Sasaran Utama Atas Kelemahan Sukan Sea 2017, KJ Telah Melakukan Yang Terbaik!

Tahniah KJ! Anda Telah Melakukan Yang Terbaik Untuk Sukan Sea 2017!

Sukan Sea 2017 kali ini memang benar-benar penuh dengan provokasi dan kontroversi baik dari dalaman dan luaran. Terbaharu, wartawan Syahril A. Kadir ada mengulas mengenai kelemahan Sukan Sea 2017.

Apa yang menarik perhatian adalah penekanan terhadap YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan yang menjadi tonggak utama dalam perjalanan Sukan Sea 2017 kali ini.

Ikuti tulisan beliau.

Walaupun Menjadi Sasaran Utama Atas Kelemahan Sukan Sea 2017, KJ Telah Melakukan Yang Terbaik!

KELEMAHAN SUKAN SEA 2017...

Okay, dalam memperkatakan kegemilangan acara pembukaan dan kejayaan menjadi juara keseluruhan, nampaknya kontroversi terus menyelubungi Sukan SEA 2017.

Terhangat adalah bab jualan tiket final yang nampaknya menjadi 'kesakitan yang terlalu pedih' khususnya bagi yang terpaksa beratur berjam-jam dari Subuh sampai ke petang dan pengakhirannya balik dengan tangan kosong.

Paling sakit hati bila tengok ada yang dah ada tiket tetapi menjualnya pula dengan harga berpuluh kali ganda di internet.

KJ Telah Melakukan Yang Terbaik Untuk Sukan Sea 2017

Ini belum campur sang VVIP dengan bangga menunjukkan tiket yang mereka peroleh dengan hanya duduk di kerusi empuk hehehehe.

Dan sasaran paling mudah dah tentu menteri 'tall, dark dan handsome' itu.

Itulah harga yang perlu dibayar oleh KJ . Yelah, public nak marah kat sapa lagi, bukan mereka kenal sangat orang lain tu. Berapa kerat yang kenal orang kuat Jawatankuasa Pengelola (MASOC), jadi sebagai orang nombor satu kementerian, KJ kena telan dan hadaplah jawabnya.

Apapun to be fair, aku secara peribadi merasakan KJ telah melakukan yang terbaik sebagai menteri bertanggungjawab.

KJ Telah Melakukan Yang Terbaik Untuk Sukan Sea 2017

Sukan SEA ni bukan kerja 'one man show'. Ia melibatkan banyak pihak dan jawatan-jawatankuasa kecil, ribuan yang terlibat mengendalikannya.

Dan mereka yang bertanggungjawab sepatutnya kenalah bertugas dengan sebaik mungkin, takkan buku aturcara pun pak menteri nak kena tengok dan belek bendera mana yang terbalik, kat skrin TV mana yang salah eja dan sebagainya.

Melihat secara mikro memang tak mungkin segalanya sempurna, melihat secara makro juga begitu.

Di sini kita akan sedar bukan senang nak jadi pemimpin, bukan senang nak jadi menteri. Mereka yang maki hamun tu belum tentu boleh mengendalikan acara sebesar ini jika amanah itu diberikan kepada mereka, silap aribulan tercirit-birit lari tengah malam amik Grab balik rumah!

KJ Telah Melakukan Yang Terbaik Untuk Sukan Sea 2017

Kita boleh mengkritik, kita boleh marah...tetapi pada masa yang sama kita kena adil juga dengan KJ. 

Aku harap beliau dan semua yang terlibat kena menerima teguran dan kritikan ini dengan hati terbuka.

Aku akhiri coretan ini dengan mutiara kata dari seorang novelist terkenal Perancis, Gustave Flaubert.

"The better a work is, the more it attracts criticism; it is like the fleas who rush to jump on white linens"

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.