Header Ads

Loading...

7 Kes Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

7 Jenayah Akibat Ketagihan Permainan Video

Bagi kanak-kanak, bermain permainan video adalah aktiviti biasa yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan mengurangkan stres. Sekiranya ibu bapa proaktif dalam memantau kegiatan ini, ianya mungkin tidak akan mengganggu pelajaran anak-anak disekolah.

Malangnya, akibat terlalu lama bermain permainan video, ia bertukar menjadi satu ketagihan. Memetik iluminasi.com, berikut adalah beberapa contoh kesan buruk kes ketagihan permainan video kepada manusia yang pernah direkodkan di seluruh dunia.

1. Bunuh Diri

7 Kes Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Pada tahun 2004, seorang remaja bernama Xioyi telah membunuh diri dengan terjun daripada apartment rumahnya setelah bermain permainan World of Warcrafts selama 36 jam tanpa henti. Sebelum terjun, beliau sempat meninggalkan sekeping nota dengan mesej “Saya ingin menjadi sebahagian daripada karakter dalam permainan ini”. Ibu bapa remaja berumur 13 tahun itu kemudiannya telah menyaman pengedar permainan tersebut yang menjualnya kepada anak mereka.

2. Kanak-Kanak Diabaikan Sehingga Mati

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Di Korea Utara, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mati setelah diabaikan oleh kedua ibu bapanya. Difahamkan, kedua ibu bapanya lebih menghabiskan banyak masa menjaga karakter alam maya (virtual girl) dalam permainan Prius Online berbanding membesarkan anak kandung mereka sendiri. Sebelum kejadian, pasangan tersebut telah menghabiskan masa selama 12 jam di pusat computer bermain permainan tersebut di pusat komputer dan meninggalkan anak mereka di rumah tanpa jagaan. Setibanya mereka di rumah, didapati anak mereka telah mati.

3. Ditikam Sampai Mati Akibat Dendam

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Bunuh rakan kerana permainan video? Itulah yang berlaku di China apabila seorang remaja bernama Qiu Chengwei menikam rakannya, Zhu Caoyuan apabila Qiu mendapati rakannya itu menjual senjatanya dalam permainan Legend of Mir 3. Zhu telah menawarkan wang hasil jualannya kepada Qiu tetapi Qiu enggan menerimanya. Qiu bengang lalu menikam Zhu ketika beliau sedang tidur. Qiu dihukum gantung sampai mati kerana kesalahannya itu.

4. Membunuh Kerana Terdesak Perlukan Wang

Di Vietnam, seorang kanak-kanak berumur 13 tahun telah ditangkap setelah didapati membunuh seorang wanita tua berumur 81 tahun. Selepas penangkapannya, beliau mengaku telah membunuh wanita tersebut kerana terdesak perlukan duit untuk bermain permainan video secara dalam talian. Kanak-kanak itu telah mengikat wanita tersebut, mencuri duitnya kemudian menanam wanita itu di hadapan rumahnya.

5. Mati Kerana Terlalu Lama Bermain Permainan Video

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Seorang lelaki di Korea Selatan mati setelah bermain permainan video Starcraft selama 50 jam tanpa henti. Kematian lelaki itu dikatakan berpunca daripada masalah kegagalan jantung akibat terlalu lama dan penat bermainan video. Beliau hanya berhenti sebentar untuk ke tandas. Selain itu, di China kes kematian akibat bermain permainan video dalam tempoh lama banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini. Malah, dalam sesetengah kes yang ekstrim, terdapat juga yang bermain selama 3 hingga 10 hari tanpa henti.

6. Bunuh Ibu Bapa Kerana Tidak Dibenarkan Bermain Permainan Video

Seorang remaja berumur 17 tahun, Daniel Petric telah membunuh kedua ibu bapanya kerana tidak dibenarkan bermain permainan Halo 3. Pada hari kejadian, beliau telah memasuki ke bilik kedua ibu bapanya dan meminta mereka menutup kedua mata dengan alasan untuk memberi mereka sedikit kejutan. Beliau kemudiannya menembak mereka di kepala.

7. Ponteng Sekolah

Jenayah Yang Berpunca Dari Ketagihan Video Games

Ponteng sekolah untuk bermain permainan video adalah masalah biasa yang dilaporkan oleh pihak sekolah, terutamanya bagi sekolah yang terletak berdekatan dengan pusat komputer. Seorang remaja di Perth, Austalia pula telah ponteng sekolah selama 3 minggu dengan memberi alasan beliau terpaksa menjalani pembedahan. Kegiatannya itu terbongkar apabila pihak sekolah sendiri telah menelefon ibu bapanya untuk bertanya khabarnya.

Kes-kes yang disebutkan diatas hanyalah beberapa contoh kesan ketagihan permainan video kepada kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Ketagihan terhadap permainan video adalah sesuatu yang menakutkan dan mesti dielakkan. Ibu bapa seharusnya lebih peka tentang jenis permainan video yang dimainkan oleh anak-anak mereka, selain memantau isi kandungannya agar tiada unsur-unsur keganasan padanya.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.