Header Ads

Loading...

Datuk Samuri Juraimi, Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia

Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia, Waris Teruskan Legasi

KAJANG: Jenazah pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi yang meninggal dunia jam 12.05 pagi semalam selamat dikebumikan awal pagi Sabtu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini kira-kira jam 9.30 pagi.

Anak jati Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor itu meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Hajjah Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah lapor Sinar Harian.

Datuk Samuri Juraimi, Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia

Samuri adalah pengasas syarikat Sate Kajang Hj Samuri & Anak-Anak Enterprise Sdn Bhd sejak tahun 2000.

Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial.

Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.

Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

5 beradik tunai wasiat teruskan legasi sate kajang Hj Samuri

Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia

Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia di kediamannya di Sungai Ramal Dalam, Kajang  dekat sini, 12.05 tengah malam tadi.

Samuri, 73, meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat yang dikesan sejak awal tahun ini.

Anak ketiga Allahyarham, Nor Ilyana, 37, berkata penyakit tersebut dikesan selepas bapanya membuat pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit pada bahagian perut lapor Bernama.

“Allahyarham sebelum ini pernah membuat pembedahan jantung dan berjaya, namun  awal tahun ini ketika beliau membuat pemeriksaan susulan dengan menjalankan CT Tap Scan (Computed Tomography of Thorax, Abdomen and Pelvis) baharu kami tahu Allahyarham menghidap kanser hati.

“Allahyarham baharu sahaja keluar dari hospital lima hari lepas untuk berehat di rumah namun tengah malam tadi, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau pergi dalam keadaan tenang dan kami sekeluarga reda dengan  pemergiannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam kira-kira 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai  Ramal  Dalam pada 9 pagi tadi.

Nor Ilyana berkata beliau sekeluarga akan meneruskan legasi perniagaan sate yang bermula sejak 1992 seperti yang diwasiatkan bapanya.

“Sebelum ini memang kami lima beradik sudah melibatkan diri dalam perniagaan sate ini, jadi kami akan meneruskan perniagaan ini seperti biasa,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Jani Mohamad Amir dan lima anak  iaitu Norsham, Sofian, Nor Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Sehingga kini perusahaan Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 cawangan di seluruh negara dengan lebih 500 pekerja.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.