Header Ads

Loading...

Gadis Dikecam Gara-Gara Gambar Kangkang, Ini Penjelasannya

Penjelasan Gadis Berhijab, Dikecam Kerana Gambar Terkangkang

Tindakan seorang gadis memuat naik beberapa keping gambar ‘pose’ berhijab sambil mengangkang di laman sosial mengundang kemarahan netizen.

Lebih parah lagi apabila salah satu gambar tersebut disertakan dengan keterangan ‘berani mati’, “Nasi kangkang nak?” membuatkan pengguna media sosial tidak teragak-agak untuk mengecam dirinya.

‘Nasi kangkang’ merupakan sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh wanita untuk menundukkan suami atau lelaki tertentu, yang hukumnya haram di sisi agama Islam.

Bagaimanapun, keterangan gambar tersebut telah dipadam dan ditukarkan dengan emoji, malah ruangan komen pada gambar tersebut di Instagram telah ditutup.

Gadis Dikecam Gara-Gara Gambar Kangkang, Ini Penjelasannya

Gadis Berhijab Terkangkang

Gadis Berhijab Terkangkang

Gadis itu atau lebih dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan dia tidak menyangka dirinya akan diserang netizen kerana apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk tujuan ‘suka-suka’.

Duta produk kecantikan berusia 19 tahun itu bagaimanapun mengakui gambar-gambar dengan aksi mengangkang itu dianggap tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung) menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?

“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen,” katanya kepada mStar Online.

Yaya yang berasal dari Kuala Terengganu ini berkata, akibat gambar kurang sopan itu, dia turut dimarahi keluarganya.

Gadis Berhijab Terkangkang

Bagaimanapun anak kedua dari tiga beradik ini mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan tersebut dan terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.

Mengenai keterangan gambar yang telah dipadam, Yaya berkata, ia dibuat selepas ditegur majikannya selain tidak mahu kekecohan terus berlaku di media sosial.

“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan-usahawan yang berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, model sepenuh masa ini turut mempertimbangkan untuk memadam semua gambar ‘kangkang’ tersebut bila tiba masanya.

“Saya okay saja apa orang nak kata tapi terkilan sebab rakan-rakan saya sendiri yang turut mengecam,” katanya yang menjadikan jutawan komestik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.