Header Ads

Loading...

MAK MERTUA KORANG JENIS YANG MANA?UNTUNGLAH SIAPA DAPAT MAK MERTUA NO 6

Loading...
Mak Mertua anda jenis yang mana? Menerusi saudari.com, kami kongsikan kepada anda 13 jenis mak mertua yang wujud di muka bumi ini.

Ada yang dapat mak mertua macam malaikat...

13 Jenis Mak Mertua Yang Wujud Di Atas Muka Bumi Ini

1. Mak Mertua Jahat lagi Zalim

Bila cerita pasal mak mertua ni kebanyakan orang kita rasa ngeri dan trauma. Mana taknya, mana mak mertua yang suka main ‘hantar-hantar’ kat menantu ni dah kira syirik dah ni.

Bukan sembarangan dia guna siap ambik dari bomoh siam lagi. Sebab tu kalau anda rasa panas je dengan suami, selalu bertengkar sampai nak bercerai, cek balik kot-kot anda dibuat orang.

Mana kes yang lagi teruk, isteri keguguran, sakit berpanjangan dan muntah darah!

2. Mak Mertua Suka Masuk Campur

Dari anda couple dengan dia sampai dah beranak enam, mak mertua tak habis-habis nak sibuk dengan urusan anda.

Kalau boleh semua perkara mesti direport dengan mak mertua dulu, dapat cop ‘sah’ baru boleh jalan.

Anda nak bercuti kat mana, anda nak kerja apa, nak hantar anak ke sekolah mana sampai nak anak berapa pun dia yang tentukanlah.

Tak terjadi dengan anda tak semestinya spesis macam ni tak wujud tau!

3. Mak Mertua Cerewet Dan Banyak Songeh

Anda ingat mak mertua spesis ‘Ibu Mertuaku’ dalam cerita P. Ramlee tak wujud?

Ha fikir balik!

Bila anda dapat tahu bakal mak mertua pentingkan kerjaya tinggi sedangkan anda hanyalah kerani biasa-biasa cukup bulan dapat gaji awal bulan dah habis bayar keperluan lain, Ianya akan beri masalah besar pada anda nanti.

Tambah-tambah lagi bila dia tanya “Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?”

Time ni anda dah tahu kesudahan hidup anda.

4. Mak Mertua Pilih Kasih & Berat Sebelah

Memang kerap sangat kita dengar mak mertua pilih kasih ni tambah-tambah lagi bila kita ni bukan menantu kesayangan.

Bila balik kampung je, mak mertua masakkan sedap-sedap, bagi perhatian lebih kat menantu lain.

Yang sedihnya anak kita pun turut jadi mangsa berat sebelah mertua ni.

Bila sembang dia akan banding-bandingkan menantu lain dari segi kerja, gaji, pangkat, anak pandai ke tak.

Tapi yang paling mengarut sekali bila cantik atau hensem pun boleh jadi isu anak beranak.

Memang tak boleh buat apa!

5. Mak Mertua Garang

Orang kata mertua garang tapi kalau hati baik takpe. Tapi macam mana pulak kalau garang tak bertempat.

Tak poning kepalo den! Huh! Aku ada kawan yang mak mertua dia ni tersangat garang orangnya.

Dia ni sangat pantang kalau anak dan menantu perempuan tak buat kerja rumah. Dia punya membebel tak habis dari pagi sampai petang. Masalahnya kat rumah mertua dia ni masuk je rumah kalau boleh terus ke dapur.

Lagi banyak duduk dapur dari duduk kat ruang tamu. Mertua dia nak menantu perempuan sentiasa buat kerja rumah.

Sentiasa masak. Habuk sikit bising. Jatuh barang sikit bising. Habis tu bila nak duduknya? Stress betul!

6. Mak Mertua Baik + Best + Penyayang

Kalau anda dapat mertua yang baik sesungguhnya ia merupakan nikmat teragung yang didambakan bagi setiap menantu.

“It’s like you are the choosen one”

Mak mertua sporting selalu cerita pengalaman dia, nasihat yang baik, boleh kongsi masalah semua.

Bertuah badan!

Sentiasa positif, happy go lucky dan selalu support menantu dalam apa jua keadaan.

Tapi nak dapat macam ni, macam tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.

7. Mak Mertua Mulut Jahat + Buat Fitnah

Kita selalu dengar, dosa lelaki dari matanya manakala dosa perempuandari mulutnya. Apa yang dikatakan ada betulnya.

Pakej yang lengkap bagi kejahatan ibu mertua ialah menyebarkan fitnah. Paling kerap kita dengar, mak mertua buat cerita yang menantunyacurang, mengandung anak haram.

Apa yang mertua tidak sedar ialah dia membuat fitnah yang sangat besar iaitu zina.

Dalam masa yang sama ia memburukkan darah dagingnya sendiri sehingga orang lain memandang hina pada keluarganya.

Nauzubillah!

8. Mak Mertua Jenis Berkira

Mak mertua selalu canang kat anak menantu lain yang dia dapat duit sikit dari anda. Tak cukup dengan itu dia tuduh anda kedekut dan tak bertanggungjawab.

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menghulurkan duit bagi meringankan bebannya tapi ada juga mak mertua yang tak faham dan terlampau mengungkit dengan pemberian anak.

Lagi teruk dituduhnya menantu yang menghasut anaknya supaya tak bagi duit.

9. Mak Mertua Banyak Cakap

Kalau dapat yang banyak bagi nasihat takpe, ni dapat yang suka cakap keburukan menantu kat orang lain. Ni yang parah.

Dapat mak mertua yang suka mengumpat ni memang payah. Hanya kerana lupa buang sampah sebab tergesa-gesa pergi kerja, habis sampai ke jiran dia canangnya.

Takde benda lain dia nak cakap selain mengutuk keluarga sendiri.

10. Mak Mertua Suka Pinjam Duit

Hari tu dah bagi, hari ni mintak lagi. Ada tak yang pernah kena dengan situasi ni?

Bukan kedekut, tapi mak mertua ni habiskan duit kepada benda yang tak berfaedah langsung.

Contohnya, jiran ada sofa baru, dia pun nak, tapi duit takde. Makcik Senah ada pakai gelang emas penuh kaki.

Dia pun tak nak kalah. Masalahnya, duit orang lain yang dikebas. Makcik Eton menantu dia bagi ribu riban setiap minggu.

Ha dia pun nak menantu dia bagi dia macam tu jugak. Sebab tu lah ada pepatah ‘Ukur baju di badan sendiri.’ Tak gitu?

11. Mak Mertua Cemburu Dengan Menantu

Ada mak mertua yang tak boleh tengok hidup menantunya senang. Ada je tak kena. Cemburu bila anaknya bagi nafkah kat isteri. Cemburu bila tengok anak bermesra dengan isteri.

Kadang-kadang tak masuk akal cemburunya. Bila tengok menantu pakai baju lawa je dia pun nak.

Bila tengok ada kasut baru je dia pun nak beli. Siap 2, 3 pasang lagi. Kalau dia beli corak bunga besar, dia pun nak ikut.  Kalau tak dapat siap perli-perli lagi. Memang ada ye mertua macam ni. Letih-letih.

12. Mak Mertua Ego

Teringat pulak dengan kisah kawan aku dengan mak mertua dia. Mak mertua dia business woman yang berjaya.

So dia rasa dia berkuasa dengan anak menantu dia sebab dia berjaya dalam kehidupan kononnya.

Haritu dia sampai lewat kat kedai mak mertua dia sebab ada urusan penting, mak mertua dia da macam kena histeria sebab marah sangat.

Orang lain duk tengok je. Dia selalu tengok mak mertua dia ni maki dan mencarut pekerja-pekerja dia depan orang lain.

Tak habis dengan tu dia menghina kedudukan orang lebih rendah dari dia. Tu mak mertua ke hantu tu?

13. Mak Mertua Queen Control

Masaklah kau kalau dapat mak mertua macam ni! Aku ada baca luahan perasaan menantu perempuan ni.

Dia dapat mak mertua queen control level 999! Bila tak mengandung lagi dia panggil tin kosong.

Siap bagi tempoh lagi kalau tak mengandung jugak suruh suami kahwin lain. Setiap kali kenduri kendara anak menantu dia wajib ikut dia. Tak ikut siap la kau!

Tak cukup dengan tu, mak mertua selalu geledah barang dia. Tak tahu apa tujuan sebenar dia buat macam tu. Mungkin nak cari silap menantu.

Hah, boleh jadi gila kan dengan perangai hantu mak mertua macam ni.

Kesimpulan

Sekiranya anda mendapat mertua baik tu boleh la sujud syukur setiap hari. Tapi kan, kenapa selalunya mak mertua dengan menantu perempuan yang berperang?

Kenapa tak dengan menantu laki? Ke sebab lelaki lebih cool. Aku tengok mat saleh kat luar negara tu rasanya takde huru-hara macam kita.

Atau sebab budaya?

Kat Malaysia memang turun temurun mentaliti anak perempuan kena pandai buat itu ini. Kalau suami kahwin lain isteri akan dipersalahkan sebab tak pandai jaga.

Tapi jarang sangat orang tuding jari kat lelaki kalau lelaki tu buat salah. Bagi aku lelaki dia ada kuasa.

Sebab itu mertua tak berani atau ambil port sangat dengan hal diaorang.

Perempuan lebih lemah dan ada sifat kebergantungan, itu yang menjadikan mertua boleh pijak kita.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.