Header Ads

Loading...

Aiman Tino Sudah Lelah Dikejar-Kejar Gadis

Aiman Tino Penat Dikejar Gadis-Gadis

Masih lagi belasan tahun umurnya, kemudian dikurniakan suara yang kena dengan hati jutaan peminat muzik tanah air, nama Aiman Tino kini meniti di bibir peminatnya terutama dari kalangan wanita malah jejaka ini mengakui cuba membalas sehabis baik teguran peminat di laman sosial.

“Kalau mereka bertanyakan soalan yang dilihat ‘berlebihan’, memang saya takkan membalasnya, malah saya abaikan saja mesej sebegitu. Namun, jika ada mesej patut saya balas, termasuk yang bertanyakan mengenai perkembangan atau aktiviti seni, saya akan berbuat demikian,” jelasnya kepada BH Online.

Aiman Tino Sudah Lelah Dikejar-Kejar Gadis

Sementara itu, ketika disoal tentang adakah wujud peminat yang mahu melamar dirinya, Aiman merasakan perkara tersebut bukanlah keutamaannya ketika ini selain mahu fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

“Jauh lagi perjalanan saya sebelum memikirkan untuk bercinta atau berkahwin. Jadi, saya memang tidak pernah terfikir atau terlalu mengambil pusing soalan sebegitu,” jelasnya lagi.

Aiman Tino Sudah Lelah Dikejar-Kejar Gadis
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.