Header Ads

Loading...

Charisa Debully, Popular Kerana Muka Berjerawat

Sering Diejek Kerana Muka Banyak Jerawat, Gadis Ini Akhirnya Popular

Jerawat yang tumbuh di bahagian muka khususnya sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika jerawat yang tumbuh itu dalam kuantiti yang sangat banyak.

Namun berbeza buat wanita dari Sabah ini, dia semakin popular dalam kalangan pengguna laman sosial kerana tidak malu untuk memuatnaik foto wajahnya yang ditumbuhi banyak jerawat di Instagram.

Charisa Debully, Popular Kerana Muka Berjerawat

Sering diejek

Charisa Debully, Popular Kerana Muka Berjerawat

Menerusi laporan mStar, gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu jerawat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di mukanya sejak tahun lalu ketika menduduki SPM. Tambah Charisa, pada mulanya hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada dirinya apabila sering ditegur malahan pernah diejek rakan.

Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya. Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ringgit untuk memiliki kulit wajah yang sihat.

Memang pedih apabila ada yang mengejek, tapi saya balas baik-baik sahaja. Mungkin mereka tidak faham jerawat ini tumbuh kerana faktor keturunan dan hormon.

Mahu beri inspirasi

Charisa Debully, Popular Kerana Muka Berjerawat

Charisa bagaimanapun nekad untuk mempedulikan teguran dan ejekan dari orang ramai dan memutuskan untuk memberi inspirasi kepada gadis di luar sana yang turut mengalami masalah sama sepertinya. Betul juga itu, sampai bila nak terus ‘down’ kan?

Sehingga kini Charisa sudah mempunyai lebih 16 ribu pengikut di Instagram. Pada masa yang sama, ramai pengikutnya di Instagram terus memberikan kata-kata semangat kepada Charisa.  Apa-apa pun kami respect dekat Charisa! Jangan jadikan ianya penghalang untuk kita terus maju ke hadapan!

Charisa Debully, Popular Kerana Muka Berjerawat

Sumber : mStar
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.