Header Ads

Loading...

Di Mana Sebenarnya Malique Too Phat? Sehingga Kini Beliau Masih Menghilang!

Ke Mana Malique Too Phat Menghilang? Di Zaman Serba Canggih Ini Beliau Masih Gagal Dikesan!

Too Phat dulu pernah jadi fenomena di kalangan peminat muzik Hip-Hop. Lagu seperti Alhamdulillah, Anak Ayam, Just a little bit dan Just a friend sering dimainkan di konco radio tempatan. Mereka juga pernah bekerja sama dengan artis luar negara seperti Warren G, adik kepada komposer muzik terkenal Dr. Dre.

Tapi bila sudah beberapa tahun bersama, Malique dan Joe Flizzow akhirnya ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing. Kita semua tahu Joe Flizzow masih aktif dengan perjuangan muzik Hip Hop. Tapi macam mana pula dengan Malique? Kenapa dia hilang tiba-tiba?

Ayah merupakan seorang cikgu bahasa Inggeris, pernah menetap di US.

Di Mana Sebenarnya Malique Too Phat? Sehingga Kini Beliau Masih Menghilang!

Kisah Hidup Malique Too Phat

Suka menulis

Kisah Hidup Malique Too Phat

Belajar di maktab Sains Mara, mula kenal Joe Flizzow di sana

Kisah Hidup Malique Too Phat

Kisah Hidup Malique Too Phat

Malique seorang perfectionist?

Kisah Hidup Malique Too Phat

Kisah Hidup Malique Too Phat

Pernah bekerjasama dengan artis antarabangsa

Kisah Hidup Malique Too Phat

Lagu ‘Masih Hip Hop’ untuk Joe Flizzow?

Kisah Hidup Malique Too Phat

Kisah Hidup Malique Too Phat

Buat kelas Rap

Kisah Hidup Malique Too Phat

Betul ke dia ada penyakit Schizo Paranoia?

Kisah Hidup Malique Too Phat

‘Minda kena sentiasa terbuka kalau nak minat Malique..’

Kisah Hidup Malique Too Phat

Malique taknak orang lebihkan dia, nak hilang tanpa gangguan..

Kisah Hidup Malique Too Phat

Wikipedia Tentang Malique Ibrahim

Malique Ibrahim (lebih dikenali sebagai Malique atau The General; lahir 21 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan bekas ahli duo hip hop Too Phat bersama Joe Flizzow.  Selepas duo itu dibubarkan pada 2007, Malique dan Joe bergerak secara solo. Sejak bergerak secara solo, Beliau lebih selesa di belakang tabir yang mana sejak 2007 beliau tidak pernah muncul di mana-mana media cetak dan elektronik.

Pada tanggal 8 Ogos 2008, Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan beliau yang juga seorang personaliti TV, Melissa Maureen Rizal di Bali, Indonesia. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat mereka. Beliau telah dikurniakan 4 cahaya mata.

Beliau memasuki industri muzik tanah air pada 1998 bersama duo hip-hop Too Phat. Beliau bergerak solo di sekitar tahun 2007.

Pada 2008, Beliau telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri dengan nama Qarma Musiq dan aktif berkarya dengan memperkenalkan beberapa lagu dengan artis-artis ternama dan artis-artis baharu di bawah syarikat rakaman beliau itu. Beliau giat mengeluarkan single seperti Kau Yang Punya tampil bersama Najwa, Mantera Beradu tampil bersama M. Nasir, Cerita Kedai Kopi tampil bersama Salam, Aku Maafkan Kamu tampil bersama Jamal Abdillah, Teman Pengganti bersama Black Hanifah dan yang terbaru Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.

Menghasilkan LP pertama bertajuk OK yang memuatkan 18 buah lagu pada 2008. Pada 2009, beliau menghasilkan LP kedua dengan usaha sama DJ Fuzz bertajuk K.O The Mixtape yang memuatkan 19 buah lagu. Pada 2015, Beliau memperkenalkan artis baru di bawah Qarma Musiq, Nukilan yang dianggotai 3 orang, Kirana, Kelana dan Agenda dengan penampilan khas dalam lagu bersama artis pop dari Indonesia, Shae dalam lagu Rindu. Pada pertengahan April 2015, Nukilan mengeluarkan single pertama mereka, Aduh Neng yang kerap dimainkan di corong radio. Pada Disember 2016, Beliau menghasilkan LP tebaru berjudul TKO: Pejamkan Mata yang memuatkan 8 lagu single yang pernah dikeluarkan sekitar 2008-2015 dan memuatkan 3 lagu baru termasuk Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.

Pada Mac 2017, pada acara Anugerah Meletop ERA 2017. Malique telah “muncul kembali” ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Pejamkan Mata bersama Dayang Nurfaizah tetapi Malique tidak kelihatan semasa persembahan tersebut namun ramai peminat yang hadir pada malam itu begitu gembira apabila mendengar suara Malique secara live selepas 10 tahun lamanya.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.