Header Ads

Loading...

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Loading...
Gadis Pasang Pendakap Gigi Secara Haram Bayar Denda RM 70,000 Hasil Sumbangan Orang Ramai

Seorang gadis berusia 20 tahun dapat membayar denda yang dikenakan terhadapnya berjumlah RM 70,000 hasil kutipan derma dari orang  ramai.

Mengikut laporan Harian Metro, gadis itu, Nur Farahanis Ezzaty Adli, diperintahkan membayar denda itu pada September setelah mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen, Januari lalu.

Farahanis dikatakan belajar memasang pendakap gigi dari YouTube dan menawarkan khidmat memasang pendakap itu kepada orang ramai dengan bayaran serendah RM 300.

Bukan itu saja, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 10.15 malam, 25 Januari lalu.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda hingga RM300,000 atau penjara hingga enam tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam bela Janariah Mustafa, merayu hukuman diringankan atas alasan insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Saya pohon denda seminimum mungkin dan memohon mahkamah untuk melepaskan Orang Kena Saman (OKS) dengan Bon Berkelakuan Baik di bawah Seksyen 173A dan 294 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan bukan pertama di Melaka dan Malaysia.

Selepas mendengar kedua-dua hujah dan rayuan, Norma memerintahkan tertuduh membayar denda RM70,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar.

Kisah itu tidak berakhir di sini. Seorang pengguna Twitter mendedahkan, bapa gadis itu, kemudiannya menganjurkan satu kutipan derma meminta orang ramai memberi serendah RM 1 untuk membayar denda tersebut, mendakwa anaknya yang juga dipanggil Nara, dianiaya pihak tertentu ‘untuk mengejar KPI dan pangkat dunia’.

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Kes ini kini menjadi viral di Twitter kerana tindakan PPIM membantu bapa Nara mengutip derma dilihat sebagai tidak menyebelahi pihak pengguna yang dianiaya oleh Nara. Seorang pengguna Twitter berseloroh bahawa mungkin PPIM hanya melakukan seperti nama persatuan itu:

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Farah Harith berpendapat, Nara sepatutnya dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tidak didenda.

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Seorang pengguna Twitter menyifatkan kenyataan bapa Nara bahawa anaknya dianiaya dan tidak diberi peluang membela diri satu fitnah:

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Disabit Bersalah Pasang Pendakap Gigi Tanpa Lesen, Gadis Bayar Denda RM 70,000 Hasil Derma Orang Ramai

Menjalankan khidmat perubatan pergigian tanpa lesen ialah satu jenayah di semua negara bertamadun, dan tidak dapat dipastikan apa sebab sebenar PPIM membantu gadis ini sedangkan denda RM 70,000 itu dikenakan bersifat punitif untuk megelakkan orang lain dari melakukan kesalahan serupa.

Memang belum ada orang mati menggunakan perkhidmatan Nara, tetapi adakah kita nak menunggu ada orang mati untuk bertindak?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.