Header Ads

Loading...

Ini Sebab Kenapa Abdul Rani Kulup Tidak Buat Laporan Polis Ke Atas Boy Iman

Loading...
Rani Kulup Punya Alasan Sendiri Kenapa Tidak Buat Report Terhadap Boy Iman

Selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah, usah dihukum Datuk Boy Iman, kata personaliti dikenali ramai, Abdul Rani Kulup Abdullah.

Bakal muncul dalam teater terbitan syarikat yang ada kaitan dengan Boy Iman, Abdul Rani nampaknya bersikap lunak ketika pelakon terbabit dikaitkan dengan tuduhan menipu dan kini ditahan polis.

Malah Abdul Rani yang sebelum ini aktif membuat laporan polis atas hampir semua isu, mengambil pendekatan berbeza sekarang.

Menegaskan agar semua pihak bersangka baik – hatta terhadap kucing – Abdul Rani berkata zaman Nabi Muhammad SAW dulu pun sudah ada kaum yang gemar mengutuk iaitu Yahudi.

“Adakah kita ini saki-baki Yahudi? Jangan cepat bersangka buruk sebaliknya kena harus bersangka baik waima pada kucing sekali pun. Barulah bangsa kita maju,” katanya kepada Malaysiakini.

Atas ‘kesedaran’ itu presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia itu juga tidak bercadang untuk membuat laporan polis berkaitan Boy Iman.

Sebaliknya dia menggesa masyarakat “mencari kebenaran” terlebih dulu.

“Jangan bantai (hukum) orang secara melulu sedangkan dia baru kena tangkap, dan mahkamah pun belum putuskan lagi sama ada bersalah atau tidak.

“Sekarang orang sudah mula cap (melabel) dia sebagai penipu,” katanya.

Tak memihak sesiapa

Ini Sebab Kenapa Abdul Rani Kulup Tidak Buat Laporan Polis Ke Atas Boy Iman

Boy Iman yang pernah muncul dalam filem Rumah Sewa RM50 terpalit kontroversi ekoran aduan orang ramai yang terpengaruh dengan tawaran membina rumah pada harga sangat rendah.

Pelakon yang memiliki nama sebenar Nuruliman A Rahman itu ialah pengarah urusan DBI Properties dan ketua pegawai eksekutif DBI Technology (DBI) iaitu syarikat yang terbabit dalam tawaran membina rumah berkenaan.

Nilai kerugian daripada skim berkenaan didakwa sebanyak RM6.2 juta.

Selain itu Boy Iman juga adalah pegawai kepada DBI Entertainment yang menerbitkan teatar Kontena 404. Teater itu dijadual dipersembahkan di Istana Budaya pada 20, 21 dan 22 Oktober ini.


Ini Sebab Kenapa Abdul Rani Kulup Tidak Buat Laporan Polis Ke Atas Boy Iman

Teater komedi seram ditulis dan diarah Raja Azrey itu turut dibintangi Tauke Jambu, Miera Liyana, Adam AF dan Lokman Harmin.

Boy Iman serta dua suspek ditahan reman pada Selasa dan dibebaskan petang semalam, tetapi dicekup sekali lagi beberapa minit kemudian oleh polis cawangan jenayah komersial Bukit Aman.

Kata Abdul Rani, 57, dia bagaimanapun tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kontroversi yang sedang panas sekarang.

Dalam keadaan ramai yang mengecam Boy Iman, Abdul Rani yang gemar membahasakan dirinya “ayah” itu ternyata tidak bimbang terpalit sama dengan kontroversi Boy Iman.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Abdul Rani berkata perjuangannya selama ini tidak ada kena-mengena dengan matlamat mencari keuntungan.

“Ayah tidak terlibat atau campur tangan dalam projek dia (Boy Iman), sebaliknya hanya berjuang demi bangsa, agama dan tanah air tercinta,” katanya.

Abdul Rani juga menjelaskan dia dimaklumkan mengenai tawaran berlakon dalam teater itu sejak 2015 lagi.

“Pada masa itu Boy Iman belum berdepan dengan tuduhan menipu,” katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan Pengurus Besar DBI Entertainment Lyana Zulkepli meminta orang ramai supaya tidak membenci mereka secara terburu-buru.

Katanya, artis-artis yang terlibat dalam Kontena 404 sama sekali tidak bersalah.

Tambahnya, syarikat menguruskan Kontena 404 juga tidak ada kena-mengena dengan syarikat yang didakwa menjalankan sindiket penipuan jualan rumah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.