Header Ads

Loading...

Kejam! Tentera Tambat Anak Pada Tong Gas Memasak Dengan Rantai Besi

Loading...
Ikat Anak Pada Tong Gas Memasak Dengan Rantai Besi, Pasangan Suami Isteri Ditahan

KUANTAN: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak mereka berusia 10 tahun di Indera Mahkota, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata perbuatan itu terbongkar hasil maklumat awam dan pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Bapa kanak-kanak itu berusia 35 tahun adalah anggota tentera bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang. Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah.

Kejam! Tentera Tambat Anak Pada Tong Gas Memasak Dengan Rantai Besi

“Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, namun tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tidak sedarkan diri,” katanya, hari ini.

Beliau yang dihubungi semalam, berkata kanak-kanak itu masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota lapor BH ONLINE.

Kejam! Tentera Tambat Anak Pada Tong Gas Memasak Dengan Rantai Besi

Katanya, polis kemudian menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kesan kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu hanya tidak ke sekolah kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah, dipercayai bertindak di luar batasan dengan menghukum anaknya itu.

Abdul Aziz berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Kejam! Tentera Tambat Anak Pada Tong Gas Memasak Dengan Rantai Besi

#dtrcb 6/10/2017

Makluman awal kes Penderaan Kanak-kanak.

1. Keterangan kes

Pada jam lebih kurang 1000hrs 5/10/17 KPB Ktn telah maklum pada Asp Nayan terima maklumat drp orang awam bagi tau ada satu budak Melayu didera, diikat dan dikurung di alamat XXXXXX IM X/XX,Ktn .

2. Tindakan:

Pada jam lebih kurang 0945hrs 5/10/17 Asp Nayan smpai di lokasi di alamat XX XX XXX IM,Ktn dan telah ketuk pintu hadapan dapati tiada sesiapa yg membuka pintu.

Periksa drp tingkap belakang nampak satu budak (mangsa) terbaring di tepi satu tong gas warna hijau dengan leher diikat dgn rantai.

Asp Nayan telah pecah masuk ke dalam rumah trsebut dan dapati budak lelaki melayu tersebut tidak sedarkan diri setelah dikejutkan beberapa kali.

Asp Nayan telah memotong rantai yg dililit pada bahagian tengkuk mangsa dan dikunci dengan mangga.

Setelah dikejut namun mangsa tidak sedarkan diri.

Ambulan dipanggil dan telah hantar mangsa ke HTAA utk rawatan.

3. Tangkapan

Tangkapan (suspek) dalam kes ini telah dibuat ke atas bapa mangsa iaitu :

Nama : Mohd Farid Fikri X XXXXX

Kp No : 85050XXXXXXX

Kerja : XXXX XXXX, Tentera Kem Batu 10, Jln Gambang Ktn Pahang.

Pengakuan awal suspek telah beberapa kali perlakukan sebegini kerana anak degil/ ponteng sekolah.

Repot FIR masih dlm tindakan

Doktor masih dalam proses pemeriksaan di zon kritikal..

Perkembangan lanjut akn mnyusul..

Terima kasih

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.