Header Ads

Loading...

Ketahuilah Betapa Sukarnya Siti Untuk Hamil- Datuk K

Loading...
Ketahuilah Betapa Sukarnya Siti Untuk Hamil- Datuk K

“SEPANJANG  11 tahun... kami bukannya tak berusaha!” Demikian luahan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi gembira anugerah bermakna apabila isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil empat bulan.

Khalid berkata, bukan mudah untuk isterinya itu hamil kerana pelbagai usaha dilakukan mereka selama ini sejak disatukan sebagai suami-isteri 11 tahun lalu iaitu pada 21 Ogos 2006.

“Orang kata, kami ni banyak duit, kenapa tak usaha… kenapa tak buat sesuatu tapi orang tak tahu.

"Selepas dua tahun perkahwinan lagi kami dah usaha macam-macam dah. Tak kan itu semua kita nak beritahu,” ujar Khalid ketika ditemui pada sidang media di rumahnya, di Bukit Antarabangsa, Ampang malam Jumaat.

Ketahuilah Betapa Sukarnya Siti Untuk Hamil- Datuk K

Siti Nurhaliza Buka Rahsia Hamil 4 Bulan

Dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook pelbagai media itu, Siti Nurhaliza, 38, mengumumkan dia kini hamil empat bulan, mengiakan spekulasi bertiup sebelum ini mengenai kehamilannya itu.

Berita gembira Siti itu mendapat beribu-ribu ucapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia apabila ia dikongsi di media-media sosial sebaik sahaja ia diumumkan.

Siti yang pernah mengalami keguguran pada hujung 2015 ketika usia kandungan dua bulan kelihatan amat ceria dan berseri wajah, sinar ibu mengandung.

Kehamilan Siti ini berjaya selepas melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan swasta

Pasangan ini bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Dalam pada itu Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K, 58, berkata, semasa trimester pertama kehamilan, Siti banyak berehat dan ‘berkurung’ di dalam rumah.

Proses kehamilan akibat rawatan berkenaan memerlukan dia banyak berehat dan menjaga kesihatan agar masalah keguguran seperti sebelum ini tidak berlaku.

Malah, Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah mereka.

“Nak turun bawah pun saya angkat Siti. Bila dia berjalan pun susah… terbongkok-bongkok… terpaksa berjalan perlahan-lahan.

"Sampai macam itu sekali. Alhamdulillah… bila kandungan empat bulan, barulah dia boleh bergerak dengan sempurna,” katanya.

Siti dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.

Dalam pada itu ditanya mengenai spekulasi mengatakan kegagalan Siti hamil selama ini mungkin kesan kemalangan motosikal yang dialami beliau di New Zealand pada 2012, Datuk K berkata, perkara itu tiada kaitan degan kehamilan Siti.

Ujarnya, kejadian itu mencederakan anggota badan dan tidak memberi kesan kepada spermanya.

Malah ujar Datuk K lagi, ujian pada spermanya selepas kemalangan itu juga menunjukkan ia menjadi lebih aktif disebabkan faktor pengambilan makanan berkhasiat yang diamalkan.

Tambahnya selepas sihat akibat kemalangan, beliau banyak melakukan senaman termasuklah berbasikal dan juga menjaga pengambilan makanan.

Siti akan memperlahankan karier seni bagi memberi tumpuan kepada kehamilannya.

Sementara itu Siti pula berkata, pada kehamilan ini dia mahu berehat sepenuhnya di rumah dan menolak segala aktiviti berkaitan seni.

Malah dalam tempoh ini juga, dia sekadar keluar tengok wayang beberapa kali sahaja bersama suami dan itu pun pada waktu malam.

“Pada kehamilan ketika usia 38 tahun ini, doktor minta Siti banyak berehat dan kalau nak travel mana-mana pun Siti tak nak.

"Sebab itulah Siti buat sidang media ini supaya sesiapa yang ingin mengundang Siti, mereka akan faham,” katanya.

Pengumuman kehamilan Siti mendapat liputan luas.

Tambah Siti, dalam tempoh rawatan, dia bergerak dalam rumah menggunakan kerusi roda untuk menjaga kandungannya.

Siti juga seperti wanita mengandung lain yang turut mengalami alahan dan dia berasa mabuk setiap kali ke dapur.

Ketika ditanya jantina anak, Siti hanya tersenyum namun Datuk K semasa ucapan secara tidak sengaja berharap bayi dalam kandungan isterinya itu menjadi muslimah yang baik, menggambarkan kandungan berkenaan ialah bayi perempuan.

Jika benar tekaan itu, bakal puteri ini akan menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.