Header Ads

Loading...

Luahan Nassier Wahab Boy Iman Ditahan Polis Sebelum Sempat Bertemu

Boy Iman Ditahan Polis, Ini Luahan Nassier Wahab

Hari ini kecoh di media sosial apabila pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman ditahan oleh pihak polis. Insiden yang berlaku menimbulkan pelbagai reaksi orang awam termasuk duta syarikatnya Datuk Nassier Wahab.

Menerusi laporan Mstar, Nassier Wahab meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda ini.

Belum kesempatan bertemu Datuk Boy

Luahan Nassier Wahab Boy Iman Ditahan Polis Sebelum Sempat Bertemu

Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya. Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.

Menurut Nassier Wahab, dia agak terkejut dengan isu penahanan Boy Iman. Tambahan, dia belum berpeluang bertemu Boy Iman kerana baru pulang dari Makkah. Dia juga berjanji akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

Saya sedih kerana di luar jangkaan

Luahan Nassier Wahab Boy Iman Ditahan Polis Sebelum Sempat Bertemu

Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan.

Saya berdoa kepada Allah agar semua kekusutan yang berlaku ini dapat disesesaikan segera.

Nassier Wahab tidak menyangka perkara ini terjadi. Dia juga berdoa agar segala kekusutan ini akan diselesaikan dengan sebaiknya.

Terdahulu Boy Iman ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian RM6.2 juta.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.