Header Ads

Loading...

Peserta Clever Girl Beri Penjelasan Isu Kantoi Soalan Bocor

Didakwa Kantoi Dapat Soalan Bocor, Ini Penjelasan Peserta Clever Girl

Sejak beberapa hari yang lalu rancangan Clever Girl menerima pelbagai kritikan daripada netizen selepas salah seorang pesertanya Shazana Kamaruzaman, berjaya menjawab dengan betul walaupun soalan yang dibacakan pengacara masih belum habis.

Disebabkan kejadian itu, ramai yang beranggapan peserta Clever Girl telah menerima soalan bocor. Shazana bagaimanapun tampil menjelaskan perkara sebenar sambil menolak dakwaan dia menjawab soalan bocor pada minggu lalu.

Peserta Clever Girl Beri Penjelasan Isu Kantoi Soalan Bocor

Sepatutnya jawab A

Soalan Bocor Clever Girl

Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Menerusi laporan Utusan, Shazana memberitahu pada mulanya dia mahu menjawab A namun sebaik jawapan B dibaca Alif Satar, dia memilih jawapan itu berdasarkan bacaannya sebelum ini.

Tak patah semangat

Soalan Bocor Clever Girl

Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Dakwa Shazana disebabkan kontroversi ini, laman sosialnya diserang netizen dengan pelbagai tuduhan yang rata-ratanya tidak berpuas hati. Shazana bagaimanapun berjaya ke peringkat akhir rancangan itu yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Korang rasa peserta dari negeri yang akan menang? Jangan lupa Jumaat ini tau, pukul 9 malam!



Sumber :  Utusan 
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.