Header Ads

Loading...

“Saya Rasa Boy Iman Berada Di Pihak Yang Benar” - Nassier Wahab

Loading...
Nassier Wahab Rasa Boy Iman Berada Di Pihak Yang Benar

Selepas beberapa minggu kecoh tentang skim perumahan yang dianjurkan Boy Iman yang didakwa menipu, bekas pelakon itu kini berada dalam tahanan pihak polis selepas pihak polis menerima 188 laporan terhadap Boy Iman.

Turut menerima tempias berhubung penahanan ini adalah duta kepada syarikat DBI Technology, Nassier Wahab. Penyanyi itu mendakwa beliau terkejut dengan penahanan Boy Iman selain percaya rakannya itu jujur mahu membantu masyarakat.

“Saya Rasa Boy Iman Berada Di Pihak Yang Benar” - Nassier Wahab

“Saya rasa dia (Boy Iman) berada di pihak yang benar. Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah. Saya percaya apa yang dia lakukan itu betul”

“Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian bergelar usahawan berjaya. Saya harap masyarakat tidak terus menuduh sehingga kebenaran itu muncul,” ujarnya kepada Berita Harian.

Hendak percaya cakap Nassier Wahab pun perlu fikir dua kali kerana beliau memang dibayar untuk menjadi duta kepada syarikat tersebut. Mungkin hasil siasatan polis akan lebih menyakinkan kita atas apa sebenarnya yang terjadi.

(Baca: “Ada Orang Dengki Dengan Kejayaan Boy Iman” - Nassier Wahab)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.