Header Ads

Loading...

Surat Terbuka Untuk Dato Boy Iman

Loading...
"Adakah bibit penyesalan dah mula timbul dalam diri kau?" - Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka untuk Boy Iman 

Seminggu ni aku lihat kau diheret ke sana ke sini boy ditahan reman, bergari. Tapi aku tak tau adakah bibit penyesalan dah mula timbul dalam diri kau . Sebagai manusia aku pon ada perasaan belas kasihan, tetapi sebelum ni Adakah kau pernah kasihan & selami nasib mereka-mereka yang diperdayakan? Mereka merana, habis duit pencen, berhutang sana sini, mak cik pak cik tua yang menagih hak mereka sedangkan kau bermegah-megah dengan kemewahan dari duit siapa ? Aku kenal kau boy dari zaman Alfafa lagi .

Bukan sekali dua aku dah tegur kau Jangan buat benda ni , Tapi kau terus berdegil , Bila aku tegur secara terbuka di FB suruh kau stop buat benda ni , kau repot pula aku pada polis melalui si GM comel ni suruh polis ambil tindakan pada aku . Tak cukup dengan tu , kau hantar gambar menganjing aku ni waktu korang di Balai buat repot ke atas aku pada ejen2 kau . Tapi waktu tu aku masih sabar . Aku masih lagi Cuba suruh kau stop buat benda tu .

Tak habis di situ, kau hantar pula 2 Notice Of Demand (NOD) pada aku tuntut RM2,000,000 dan ugut nak saman aku di mahkamah melalui peguam kau .

Kau rasa kau akan terus Selamat dengan apa yang kau buat . Kau silap boy . Aku dah cakap pada kau Jangan kelabukan mata kau dengan duit Sebab kau akan hilang kewarasan. Kau boleh jadi kejam Tapi kau tak hiraukan langsung apa yang aku cakap . Bagi kau duit adalah segalanya.

Surat Terbuka Untuk Dato Boy Iman

Kau lupa dulu kau pernah Selamat dari saman balas dari Norsham bernilai RM4.3 juta waktu kegemilangan Alfafa dulu , aku dan rakan2 muncul perangi sindiket Alfafa dan kau terselamat dari saman tu sebab sindiket tersebut dapat disekat lebih awal. Tapi Itu pon kau ambil mileage kononnya aku rakan seperjuangan kau menentang Alfafa , hebat lakonan kau . Kau gunakan pula mileage tu masa kau bina DBI Properties . Kau dengan bangga jual nama aku pada ejen2 kau waktu tu kononnya kau berjuang bersama2 dengan aku menentang Norsham & Alfafa . Itu sama sekali tidak benar.

Aku pernah jumpa kau sekali boy di Restaurant sebuah Hotel di Kuala Lumpur, tak cukup di situ sambung pula di mamak tepi jalan, 5 jam aku berbual dengan kau , tanpa kau sedar aku menilai semua percakapan kau , aku perangkap semua percakapan kau hingga kau terbelit tanpa kau sedar, 5 jam tu dah cukup untuk aku tahu siapa kau boy . Sebab tu selepas pertemuan tu aku langsung tak layan call & whatapps kau sebab aku tahu kau hanya cuba nak pergunakan aku demi kepentingan diri kau sendiri dan hanya nak selamatkan diri kau , Bukan kerana orang ramai .

Bila kau buat DBI Properties tu , aku dah siasat secara mendalam program yang kau buat dengan partners kau semua tu . 16 Ogos 2016 aku keluarkan satu status dengan tegas suruh kau dan partners kau STOP buat marketing songsang tu sebab aku tahu akibatnya akan lebih ramai orang akan terpedaya dan kerugian wang ringgit mereka . Tengah malam tu juga kau Call aku dan aku Bagi penjelasan Kenapa aku menentang , Tapi kau degil menafikan semuanya seolah-olah apa yang kau buat tu bukan benda yang Salah .

Aku ingat lagi kau bahasakan aku sebagai "sahabat Musibat" . Aku harap musibah yang tertimpa atas diri kau sekarang ni jadi pengajaran besar dalam hidup kau dan pada mereka-mereka yang buat benda yang sama dan yang mencuba untuk buat . Hukuman di dunia ni untuk kau kita serahkan pada undang-undang . Jangan lupa boy kita masih ada Satu lagi kehidupan selepas kita mati. Jangan lagi permainkan Nama Allah , Nama Rasul . Allah Maha Berkuasa Boy .

Mungkin kau pelik kan Boy macamana aku boleh muncul waktu sidang media bersama PPIM tempoh hari. Aku datang sebab mahu membela mereka-mereka yang teraniaya tu . Aku taknak kau & partners kau terus memperbodohkan mereka lagi . Lihatlah wajah harapan mereka . Jadilah manusia yang mempunyai hati. Kalau kita tak mampu menyenangkan mereka, cukuplah Jangan menyusahkan mereka.

Kalau ditakdirkan nanti kau dah dilepaskan dari direman kau bacalah tulisan ni boy . Atau family boy yang datang Melawat boy , bacakan nukilan ini pada dia.

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Surat Terbuka Buat Boy Iman

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.