Header Ads

Loading...

Tindakan Kendong Budak Dipersoal, Ini Penjelasan Dari Cikgu

Tindakan Kendong Budak Dipertikai, Ini Respon Cikgu

Kegigihan seorang guru wanita mengendong anak muridnya meredah banjir di sebuah sekolah di Alor Setar mendapat pujian netizen yang berbangga dengan tindakannya itu. Foto Farrah Norashikin Juhari yang juga guru pendidikan jasmani di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar viral di media sosial hari ini.

Menurut Farrah, sekolahnya itu mula dinaiki air bermula 7.45 pagi sehingga menyebabkan murid-murid terpaksa dipindahkan ke tingkat atas.

Ada cikgu nampak ulaq

Tindakan Kendong Budak Dipersoal, Ini Penjelasan Dari Cikgu

Saya takut depa main ayaq sebab ada cikgu nampak ada ulaq berkeliaran di sekolah. Beberapa murid mengatakan mereka tertinggal bekalan makanan dan wang dalam kelas menyebabkan saya risau jika mereka dipatuk ular jika membenarkan mereka meredah air banjir.

Tindakannya itu berikutan ada guru yang mengatakan melihat terdapat ular di kawasan sekolah sekaligus membuatkan dirinya bimbang tentang keselamatan anak muridnya.

Tawar diri kendong 5 murid

Tindakan Kendong Budak Dipersoal, Ini Penjelasan Dari Cikgu

Memikirkan keselamatan anak-anak muridnya, Farrah menawarkan dirinya untuk mengendong lima murid dari dewan tempat berkumpul ke kelas mereka yang terletak beberapa puluh meter sahaja.

Malu dikendong tapi darurat…

Tindakan Kendong Budak Dipersoal, Ini Penjelasan Dari Cikgu

Ada beberapa murid tahun dua yang malu dikendong saya tapi saya menerangkan keadaan ketika itu sudah darurat dan saya tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku kepada mereka.

Berita Harian melaporkan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya itu dinaiki air setinggi 0.3 hingga 1 meter. Antara kawasan terjejas adalah Bukit Pinang, Taman Mergong, Jalan Sultanah Bahiyah, Jalan Teluk Wanjah dan Kampung Tok Jalai.

Sumber: ohbulan.com
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.