Header Ads

Loading...

Wanita Bangladesh Tawar Seks Kepada Anggota Polis Terima Padah

Loading...
Mahu Khidmat Urut Dan Seks

KUALA LUMPUR – Tersilap langkah menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga Bangladesh dijatuhi denda sebanyak RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Bernama melaporkan, wanita berusia 25 tahun itu dijatuhi hukuman oleh Majistret Mahyudin Mohmad Som selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada anggota berpangkat Sarjan itu lapor Siakapkeli.my.

Dia memberitahu anggota polis berkenaan: “Anda mahu khidmat urut dan seks?. Bayar saya RM200 dan saya bawa anda ke hotel saya.”

Wanita itu turut didenda RM500 atau sebulan penjara selepas dia mengaku bersalah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelacur.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kaki lima hadapan Kelab Malam Movida, Jalan Changkat Bukit Bintang, Dang Wangi, di sini pada pukul 1.30 pagi, 3 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.