Header Ads

Loading...

DS Vida Komen Pemberian Lagu GV Macam Nyanyi Pasar Malam

Loading...
Kontroversi konsert Gegar Vaganza semakin memuncak apabila rata-rata kurang bersetuju dengan penyingkiran Haida pada minggu ke-4 pertandingan berkenaan.

DS Vida Komen Pemberian Lagu GV Macam Nyanyi Pasar Malam

Rata-rata menyifatkan bahawa gandingan duet antara Haida dan Ezad Lazim melalui lagu Memori Daun Pisang tidak sesuai dan serasi sehingga peserta berkenaan hanya mendapat markah 53.2% sahaja daripada juri profesional.

Bahkan penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida (DSV) turut memberitahu perkara yang sama mengenai pemilihan lagu kepada peserta.

DSV dalam laman Instagramnya ada memuat naik video pendek berserta kapsyen ‘panas’ di mana dia menganggap pembahagian lagu yang diberikan seperti lagu yang dimainkan di pasar-pasar malam.

Tambah DSV lagi, semakin lama berada dalam sesebuah pertandingan, sepatutnya peserta diberikan lagu yang lebih mencabar minda dan kreativiti.

“Saya nak lagu besar, bukan lagu nyanyi kat pasar malam, bukan lagu yang malam-malam nyanyi nak tidur..” katanya.

DS Vida Komen Pemberian Lagu GV Macam Nyanyi Pasar Malam

DS Vida Komen Pemberian Lagu GV Macam Nyanyi Pasar Malam

Di akhir video DSV sempat menyatakan hasratnya yang menginginkan konsert berkenaan kekal mantap dan gah di masa akan datang.

Rata-rata bersetuju denga pendapat DSV, malah ada yang memberikan cadangan bahawa pemilihan lagu perlu dibuat oleh juri sendiri.

Sumber Instagram Datuk Seri Vida

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.