Header Ads

Loading...

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,Yang No7 Tu Tak Payah Tenung Lama-Lama

Loading...
Lukisan-lukisan ini diperolehi dari seluruh dunia. Jom tengok sejarah lukisan misteri ni. Korang jangan tenung lama-lama..

1. LUKISAN OEI HUI LAN

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Beliau adalah puteri kesayangan dari pengusaha gula ternama Semarang, Indonesia Oei Tiong Ham yang kekayaannya terkenal di seluruh Asia hingga Eropah.

Oei Hui Lan menikah dengan Wellington Koo, salah satu duta besar China dan akrab dengan keluarga bangsawan Eropah dari Ratu Victoria hingga Ratu Belgium. Bukan itu saja, fotonya dipamerkan dalam muzium kerajaan di England.

Oei Hui Lan mati pada tahun 1992 semasa usia 93 tahun. Sebelum kematiannya, Oei Hui Lan sempat menulis dan menerbitkan buku berjudul No Feast Last Forever yang menceritakan perjalanan hidupnya yang luar biasa. Salah satu peninggalan Oei Hui Lan adalah potret dirinya yang terdapat di Hotel Tugu, Malang. Tidak diketahui siapa pelukisnya, tapi yang jelas penampakan diri Oei Hui Lan dalam lukisan tersebut amatlah menyeramkan.

2. THE CRYING BOY

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Lukisan yang diberi nama The Crying Boy ini merupakan buah karya seorang pelukis Itali, Bruno Armadio. Dalam lakaran kanvas ini, Bruno melukis sebuah potret anak yatim piatu yang ditinggal orang tuanya dalam sebuah tragedi kebakaran. Misterinya, setelah lukisan ini siap kanak-kanak dalam lukisan itu dilaporkan mati dalam satu kebakaran, dan disusuli dengan studio si pelukis juga terbakar.

Sejak kejadian itu, misteri sumpahan lukisan ini terus berlanjutan. Menurut berita yang diterbitkan The Sun, sebuah rumah di Rotherham, South Yorkshire, England hangus terbakar kerana lukisan ini. Yang peliknya, didalam kerosakan teruk akibat kebakaran tersebut, lukisan The Crying Boy tetap tergantung rapi tanpa cacat sedikitpun.

3. POGO THE CLOWN

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Merupakan lukisan yang mengambarkan John Wayne Gacy, seorang pembunuh bersiri dalam sejarah US, Gacy telah membunuh kira-kira 33 orang lelaki dan remaja.

Dalam lukisan ini, beliau melukis watak POGO si badut pembunuh, iaitu dirinya sendiri yang dilukis dalam penjara.. setelah Gacy dihukum mati, pihak penjara melelong lukisan beliau dan ada laporan dari pemilik menyatakan sering dihantui si badut ketika menatap lukisan ini. Pemilik terbaru lukisan ini adalah keluarga mangsa bunuh Gacy dan lukisan ini dikhabarkan telah dibakar oleh keluarga tersebut.

4. THE NIGHTMARE

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Merupakan karya dari pelukis yang bernama John Fuseli. Lukisan ini sangat terkenal hingga Fuseli mengambar beberapa versi cerita dari lukisan ini. Pada lukisan ini dapat dilihat makhluk syaitan sedang menggoda seorang perempuan yang sedang tidur.

5. STUDY AFTER Velázquez’s Portrait of Pope Innocent X

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Merupakan lukisan yang dicipta oleh pelukis terkenal pada abad 20, Francis Bacon. Gaya lukisannya terkenal, berani dan memiliki unsur gelap dalam bentuk figure-figure atau watak tertentu, lukisan ciptaannya terjual dengan harga sangat tinggi. Bacon menggambarkan seorang paderi sedang menjerit dalam lukisan ini.

6. LUKISAN DIOMEDES DEVOURED

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Lukisan ini mengambarkan kuda pemakan manusia dari mitologi Greece kuno yang di lukis oleh Gustavo Moreau. Lukisan ini bercerita tentang Hercules ditugaskan mencuri empat ekor kuda dan ternyata kuda kuda itu adalah kuda pemakan manusia. Di akhir cerita Diomede si pemilik kuda tersebut dimakan oleh kudanya sendiri. Berdasarkan laporan pengunjung muzium yang memerhatikan lukisan ini, mereka selalu gelisah dan ketika tidur mereka akan bermimpi buruk.

7. LUKISAN MISTERI NYI RORO KIDUL

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Percaya atau Tidak…
Bila seseorang merenung lukisan Nyi Roro Kidul selama 15 minit, maka akan terasa ‘kehadiran’ sesuatu yg susah untuk diungkapkan dgn kata-kata. Ada yang pernah merasakan bulu tengkuk meremang dan tercium harum bunga melati selama beberapa saat. Ada juga yg melihat lembaran kain berwarna hijau disertai sayup-sayup kedengaran bunyi ombak ketika menatap lukisan ini.

Dan hingga ke hari ini 3 orang yang berani melukis potret Nyai Roro Kidul telah meninggal dunia, diantaranya Basuki Abdullah yang terbunuh dirumahnya sendiri, Suhardjo meninggal kerana penyakit misteri dan yang terakhir Didik Suardi meninggal setelah seminggu menyiapkan lukisan tersebut.

8. LUKISAN BERNADO DE GALVEZ

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Bernardo de Galvez adalah seorang General Sepanyol yg membantu koloni Amerika dalam perang kemerdekaan melawan British. Potretnya ketika ini digantung di Hotel Galvez, Texas. Aura misteri menyelimuti lukisan si General terutama bagi para pelancong yang berselfie di dengan lukisan tersebut. wajah si General dalam potret tiba-tiba berubah menjadi tengkorak!

Pekerja Hotel shift malam juga melaporkan, jari-jemari tangan kiri General pada lukisan tersebut bergerak-gerak.

9. LUKISAN PEMBUNUHAN JUDITH, HOLOFERNES

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Dalam bible old testament dikisahkan tentang Judith dan Holofernes, adegan di lukisan ini menggambarkan bagaimana Judith memenggal kepala Holofernes.
Mereka yang melihat lukisan ini di Muzium akan bermimpi buruk. Lukisan ini hasil karya oleh pelukis renaissance Artemisia Gentileschi (1593 – 1656).

10. LUKISAN BERHANTU PENARI LEGONG

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Yusuf Dwiyono yg melukis “Penari Legong” mengaku tidak percaya jika lukisannya itu berhantu. Namun banyak pengakuan sebaliknya dari mereka yang pernah melihat lukisan ini. pernah juga dibahas di program “Percaya tidak Percaya” di stesen tv ANTV. Penari Legong yang dipotretkan ini dapat bergerak-gerak sendiri dan menakutkan sesiapa saja yang melihatnya. Cuba korang tenung lama-lama

11. THE ANGUISH MAN, GAMBAR PENDERITAAN

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Nenek kepads Sean Robinson mewariskan rumah dan semua isinya pada Sean ketika meninggal. Pada waktu Sean masih kecil, neneknya selalu bercerita tentang lukisan tsb berhantu dan ia hanya berani menyimpannya di loteng. Rupanya Sean tidak pernah percaya dengan cerita-cerita hantu. Setelah mewarisi semua harta neneknya, beliau menggantung lukisan “Anguish Man” di ruang tamu.

Dari situlah kejadian-kejadian aneh mula terjadi. sering sekali terdengar suara jeritan dan tangis dari dalam rumah. Akhirnya Sean menyimpan kembali lukisan ini di loteng. Meski pun banyak tawaran untuk membeli, Sean tidak bermaksud menjualnya, beliau hanya mepamerkan lukisan ini di youtube.

12. LUKISAN HANTU MAKAN BUDAK

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Lukisan ini menggambarkan Cronos (Saturn) memakan anaknya sendiri kerana takut si anak bakal merampas kekuasaannya. Jangan melihatnya sendirian di malam hari nanti korang dihantui oleh Cronos.

13. THE SCREAM

Kisah Disebalik Lukisan Misteri,

Lukisan ini dilihat sederhana, namun jika korang melihatnya pada malam hari akan meremanglah bulu tengkuk. Lukisan ini adalah hasil karya Edvard Munch, seorang pelukis asal dari Norway.

Sesuai dengan ilustrasi gambar, lukisan ini diberi nama The Scream. Lukisan ini dibuat pada tahun 1893-1980, dimana lukisan ini menggambarkan kesakitan seorang anak kecil dengan latar belakang langit yang cerah. Jika lama-lama menatap lukisan ini, maka akan terlihat semakin seram. Ishhh!!

Sumber : blogkokak

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.