Header Ads

Loading...

Misteri Jenazah Terapung Akhirnya Terjawab

Loading...
SETIAP kali bercakap mengenai kejadian aneh yang melibatkan si mati atau jenazah, pasti pelbagai cerita karut akan menjadi kegilaan orang ramai.

Terbaharu satu kejadian aneh didakwa telah berlaku semalam di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia apabila penduduk kampung menemui sekujur tubuh jenazah yang siap dikafankan.

Mayat misteri itu dijumpai berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Gang Kenari, dan ia bagaikan terapung di atas tanah.

Kisah Sebenar Disebalik Misteri Jenazah Terapung Akhirnya Terbongkar

Kondisi jenazah itu dilihat sangat kotor akibat diselaputi dengan tanah dan pada mulanya tidak dapat dikenal pasti sama ada ia daripada tanah perkuburan tersebut atau sengaja diletakkan di situ.

Sesetengah penduduk kampung mengatakan kononnya kejadian itu berkaitan dengan kesilapan yang dilakukan oleh si mati. Jadi, itu merupakan azab yang perlu diterima olehnya.

Namun, menurut salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Rio dikatakan telah menemui jenazah itu ketika dia sedang memotong rumput di kawasan perkuburan tersebut dan terus memberitahu penduduk kampung.

Kisah Disebalik Misteri Jenazah Terapung Akhirnya Terjawab

Menurut Tribunnews, jenazah berkenaan telah ‘naik ke permukaan tanah’ oleh kerana banjir yang melanda kawasan itu beberapa hari sebelum kejadian.

Si mati dikenali sebagai Asna, telah meninggal pada bulan lalu dan kini jenazah telah ditanam semula hasil bantuan orang awam selepas ahli keluarganya tiba di lokasi kejadian.

Seeloknya jika terjadi kejadian seperti ini, janganlah kita terus menghukum si mati dengan mengatakan kononnya apa yang terjadi itu merupakan balasan yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya.

Kisah Disebalik Misteri Jenazah Terapung Akhirnya Terjawab

Sedangkan kita sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran kita disana nanti… Doa yang baik-baik sahaja dan sentiasalah ingat bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya serta pasti akan memberikan pengajaran kepada orang lain.

Kisah Disebalik Misteri Jenazah Terapung Akhirnya Terjawab


Sumber: gempak.org

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.