Header Ads

Loading...

Orang Biasa Akan Lihat Pelik Tapi Bagi Mereka Ianya 'Normal'

Loading...
Manusia tidak dilahirkan sempurna. Ada beberapa kelompok manusia yang dilahirkan dengan masalah genetik dan simptom-simptom aneh. Namun, bagi diri mereka, mereka adalah normal sepertimana kita merasa diri kita normal. 

Mungkin kita melihat mereka dan terasa pelik, tapi di mata mereka, kita sebenarnya yang pelik…pelik dari perangai. Insan yang dilahirkan dengan simptom penyakit ini ada kelompok istimewa, jangan pula kita mengejek mereka dan berasa geli jika terserempak atau berjumpa dengan mereka suatu hari nanti.

Dibawah ini adalah 9 jenis penyakit yang pelik.

Kita Tengok Mereka Pelik. Tapi Bagi Mereka Ia 'Normal'

1. PROGERIA

Orang Biasa Akan Lihat Pelik Tapi Bagi Mereka Ianya 'Normal'

Penyakit dimana seseorang akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar dan kepalanya kelihatan besar dari manusia normal. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem.

2. TREE BARK SKIN DISORDER

9 jenis penyakit yang pelik

Juga dikenali sebagai ‘Epidermodysplasia Verruciformis’. Berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang tersebar di luar kawalan. Kes paling popular adalah kes Dede Koswara, warga Indonesia yang digelar ‘Tree Men’. Dalam Discovery Channel pernah diceritakan tentang dia.

3. LION FACE SYNDROME

9 jenis penyakit yang pelik

Dikenali sebagai ‘Leontiasis ossea’. Berpunca daripada pertumbuhan luar biasa pada wajah dan tengkorak.

4. PORPHYRIA THE VAMPIRE DISEASE

9 jenis penyakit yang pelik

Berpunca daripada komplikasi neurologi atau masalah kulit (atau kedua-duanya sekali).

5. WEREWOLF SYNDROME

9 jenis penyakit yang pelik

Dikenali sebagai ‘Hypertrichosis’ atau Ambras Syndrome. Berpunca daripada mutasi genetik dan boleh terjadi sejak lahir atau selepas dari itu.

6. PROTEUS SYNDROME

9 jenis penyakit yang pelik

Dikenali sebagai Wiedemann’s Syndrome dan berpunca daripada mosaicism genetik. Menyebabkan pertumbuhan kulit yang cepat dan perkembangan tulang atipikal, serta diiringi tumor lebih setengah badan..

7. NEUROFIBROMATOSIS

9 jenis penyakit yang pelik

Berpunca daripada warisan genetik di mana tisu saraf tumbuh menjadi tumor yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius disebabkan pemampatan saraf dan tisu-tisu lain.

8. POLYDACTYLISM

9 jenis penyakit yang pelik

Dikenali sebagai ‘Hyperdactyly’. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang menyebabkan pertumbuhan jari-jemari yang berganda bilangan.

9. ELEPHANTIASIS

9 jenis penyakit yang pelik

Berpunca daripada penyakit atau podoconiosis yang menyebabkan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki.

Maka dengan ini, bersyukurlah dengan apa yang korang miliki sekarang. Kerana semua itu adalah pemberian dari Allah.

Sumber: teamsepat.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.