Header Ads

Loading...

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

Loading...
Masalah tekanan perasaan atau depresi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Orang yang mengalami masalah ini, mungkin tertekan dengan masalah peribadi mahupun kerana kerjaya mereka.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

Seperti selebriti, mereka juga tidak dapat lari daripada masalah depresi. Ini adalah senarai 10 selebriti yang telah meragut nyawa sendiri akibat depresi dan berita kematian mereka telah menggemparkan dunia seni hiburan.

1. Marilyn Monroe

Marilyn Monroe merupakan pelakon, model dan penyanyi daripada Amerika Syarikat yang sangat terkenal hingga kini. Mana taknya, walaupun bertahun telah berlalu, dia masih diangkat sebagai ikon budaya popular. Pada 5 Ogos 1962, Marilyn telah membunuh dirinya ketika usia 36 tahun dengan cara mengambil dos dadah jenis barbiturat secara berlebihan. Doktor telah mengesahkan bahawa Marilyn membunuh diri kerana masalah depresi.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

2. Kurt Cobain

Penyanyi, penulis lagu dan ahli muzik kumpulan Nirvana ini telah membunuh diri dalam keadaan sangat tragis. Kurt Cobain telah meragut nyawanya sendiri pada tanggal 5 April 1994 dengan menembak kepalanya sendiri. Penyanyi kegemaran ramai ini mati ketika usianya 27 tahun.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

3. Jang Ja-yeon

Pelakon dari Korea Selatan ini merupakan antara pelakon drama popular, Boys Over Flowers. Pada 7 Mac 2009, ketika berumur 29 tahun, Ja-yeon telah meragut nyawanya dengan cara menggantung diri kerana depresi dipercayai akibat telah didera secara fizikal dan seksual oleh beberapa eksekutif hiburan terkemuka sepanjang kariernya.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

4. Amy Winehouse

Penyanyi dari U.K ini akan sentiasa diingati kerana suaranya yang unik dan penuh soul. Amy telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa pada 23 Julai 2011 kerana keracunan alkohol. Namun, terdapat spekulasi bahawa Amy sebenarnya membunuh diri kerana tekanan daripada kesihatannya yang merosot.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

5. Jiah Khan

Pelakon Bollywood, Jiah Khan yang dikenali dengan lakonannya dalam filem Ghajini telah dijumpai tergantung di kipas siling pada 3 Jun 2013 di kediamannya. Jiah dilaporkan tertekan dengan kariernya dan mengambil keputusan untuk membunuh diri ketika berumur 25 tahun.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

6. Lee Thompson Young

Pelakon ini semakin dikenali melalui lakonannya dalam drama polis dan penyiasatan, Rizzoli & Isles. Namun, pada 19 Ogos 2013, Lee dikatakan gagal hadir ke rakaman rancangan tersebut. Rupa-rupanya, aktor ini telah membunuh diri dengan cara menembak diri sendiri beberapa kali kerana masalah depresi dan bipolar disorder. Lee mati pada usia 29 tahun.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

7. Robin Williams

Pelakon dan pelawak Robin Williams sememangnya sangat terkenal. Aktor ini juga dikenali dengan sikapnya yang periang dan sering buat orang ketawa. Namun, siapa sangka bahawa Robin sebenarnya mengalami masalah depresi kerana kesihatannya yang semakin merosot. Robin telah menggantung diri dan disahkan mati ketika usia 63 tahun pada 11 Ogos 2014.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

8. Ahh So Jin

Ahh So Jin telah menyertai rancangan realiti bagi memilih ahli kumpulan untuk kumpulan kpop popular Kara. Walau bagaimanapun, dia telah disingkirkan sekaligus menyebabkannya hilang harapan dan tertekan. So Jin telah membunuh diri pada umur 22 tahun dengan melompat dari tingkat 10 apartmennya pada 24 Februari 2015.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

9. Chester Bennington

Ramai peminat yang terkejut dan sedih dengan kematian penyanyi utama kumpulan rock Linkin Park ini. Chester yang disukai ramai peminat seluruh dunia telah dijumpai tergantung di kediamannya oleh penjaga rumah pada jam 9 pagi, 20 Julai 2017 ketika umurnya 41 tahun kerana mengalami masalah depresi.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10. Jonghyun

Pada 18 Disember 2017, dunia hiburan Kpop dikejutkan dengan berita kematian penyanyi utama kumpulan Shinee ini . Menurut laporan, Jonghyun telah meragut nyawanya dengan membakar arang dalam kuali di officetel yang telah disewanya pada hari yang sama. Menerusi wasiat dan mesej pesanan ringkasnya, polis telah mengesahkan bahawa Jonghyun membunuh diri kerana mengalami depresi.

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

Tekanan perasaan dan depresi bukanlah penyakit yang boleh dipandang ringan serta dibuat gurauan. Harap orang ramai dapat membuka mata dan mula membincangkan tentang isu ini supaya sedikit sebanyak dapat mendidik serta membantu mereka yang memerlukan.

Sumber : kecohhabis

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.