Header Ads

Loading...

Fahami Apa Itu Doula Dan Adakah Perlu Doula Ketika Isteri Bersalin

Loading...
Apa itu doula? Kenapa doula kini sedang hangat diperkatakan di media sosial dan terdapat aktivis-aktivis yang menentang dan cuba memberi kesedaran kepada ibu-ibu untuk tidak menggunakan khidmat doula? Apa pula kaitan doula dengan kematian?

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta sebenar di sebalik khidmat doula di Malaysia. Artikel ini diharapkan dapat membantu para ibu memahami tentangnya.

Beberapa hari kebelakangan ini, para doula di Malaysia terkena tempias panas akibat kes bersalin yang berakhir dengan tragedi.

Dikatakan bahawa seorang doula, atau peneman kelahiran, telah terlibat dalam proses bersalin seorang ibu di mana ia berlaku di rumah sendiri. Kes itu diterukkan lagi dengan keadaan posisi bayi yang songsang.

Akibatnya, bayi tersebut lemas dan gagal diselamatkan walaupun telah dikejarkan ke hospital.

Doula Tu Apa? Sejenis Kuih Ke?

Kes bersalin berkaitan doula di Malaysia

Kes yang terjadi ini bukanlah yang pertama. Sebelum ini, telah berlaku kes bersalin di rumah dengan doula menjadi penemannya.

Mungkin dengan perkongsian fakta ini, para ibu di luar sana dapat lebih memahami fungsi sebenar doula.

Doula itu apa?

Pertamanya, perkataan ‘doula’ itu sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”.

Golongan ini telah pun wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepada para ibu yang hamil dan bakal bersalin.

Tugas doula di Malaysia
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:

√ emosi
√ pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)
√ fizikal (secara sentuhan seperti urutan)

Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.

Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

Pengenalan, Asal Usul Tentang Doula  Dan Kenapa Ibu Mengandung Perlu Elak Servis Doula

Jenis-jenis doula di Malaysia

Menurut WebMD, secara asasnya, ada 3 jenis doula iaitu doula antepartum, doula labor, dan doula pospartum.

Doula antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.

Doula labor pula berada di sisi ibu ketika bersalin. Namun, seorang doktor ada berkongsi dengan kami tentang isu doula di Malaysia:

“Hospital kerajaan tidak membenarkan orang lain masuk ke bilik bersalin. Malah, sesetengah polisi hospital swasta di Malaysia juga tidak membenarkannya.”

Manakala, doula postpartum akan berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan.

Malah, menurut WebMD, ada juga doula postpartum yang membantu dari segi penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.

Pengenalan, Asal Usul Tentang Doula  Dan Kenapa Ibu Mengandung Perlu Elak Servis Doula

Adakah doula ganti suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin?

Tidak, doula bukan bertujuan untuk mengganti tugas suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin. Mereka lebih dianggap sebagai sokongan tambahan untuk si ibu.

Suami masih perlu memainkan peranan aktif dalam hal penjagaan isteri dan proses bersalin.

Apa beza antara doula dan bidan?

Mungkin ramai para ibu di luar sana yang masih keliru tentang perbezaan antara doula dan bidan, atau turut dikenali sebagai midwife.

Berdasarkan penerangan Healthline.com, bidan adalah seorang ahli medikal terlatih dan profesional yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.

Manakala, doula pula hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu untuk memberi panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Fakta lain tentang doula yang ibu perlu tahu

Selepas memahami tentang maksud doula dan tugasnya, mari ketahui beberapa fakta penting lain.

Kami merasakan, para ibu di luar sana perlu mengetahui tentang perkara ini supaya tiada lagi salah faham dan kes tragedi bersalin dapat dielakkan.

√ Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil, terutamanya tentang hal obstetrik.

√ Doula sama sekali tidak menggantikan tugasan jururawat, doktor dan doktor pakar.

√ Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi tidak boleh menetapkan cara bersalin bagi pihak ibu.

√ Doula boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan penasihat ibu (di samping doktor, jururawat dan bidan), tetapi bukanlah penasihat perubatan utama yang tunggal.

√ Doula sepatutnya tidak menangani kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.

Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa tugasan mereka lebih kepada menasihati, menemani dan membantu dari tepi sahaja. Tidak lebih dari itu. 


"Selagi doula-doula ini dibiarkan bebas tanpa regulasi, kes kematian akan bertambah" 

Pengenalan, Asal Usul Tentang Doula  Dan Kenapa Ibu Mengandung Perlu Elak Servis Doula

Apabila timbul isu kematian bayi angkara doula baru-baru ini, jujurnya, ianya bagaikan deja vu bagi saya. Kerana saya pernah lalui benda ni sejak kes arwah Amy Karmila tahun 2013. Rasa geram, rasa marah, rasa tak puas hati, rasa sewajarnya doula yang terlibat dikenakan tindakan. 

Dan saya cuba sedaya upaya, pada ketika itu, dibawah kapasiti saya untuk menulis. Saya tulis. Saya educate rakan-rakan facebook. Saya raise awareness. Saya contact pengasas ajaran doula AMANI sendiri, minta penjelasan.

Saya sebut, bahawa doula-doula ini selagi dibiarkan bebas tanpa regulasi, kes kematian ini bukan yang terakhir.

Dan memang betul pun. Selepas kes arwah Amy Karmila, ada beberapa lagi kes lain. Sehinggalah yang terbaru ini. Angkara doula juga. Bila terjadi kes yang baru ini, saya tidak lagi marah dan emosi seperti dahulu. Sebaliknya saya jadi "numb". Saya rasa macam.. buat apa kita susah-susah educate orang awam pasal benda ni? Benda ni pilhan mak bapak sendiri kan? Kalau mak bapak tu dah bodoh sangat beri kepercayaan kepada doula, sampai hilang nyawa, padan muka diorang lah kan? Ini yang ibu-ibu nak, kan, a beautiful birth, oxytocin meletup-letup katanya?

Hari ini, saya berhubung dengan keluarga arwah Amy Karmila. Sempat berbual sekejap. Dan saya melihat gambar anak arwah Amy Karmila. Sudah berumur lima tahun. Comel, sedang menziarahi pusara ibundanya. Bondanya yang meninggal dunia, ketika melahirkannya.

Saya rasa bagaikan diketuk. This, is the reason. This is why, we are doing this. This is why we make a big noise about kematian disebabkan unsafe birth. Luluh hati saya melihat seorang gadis comel berusia 5 tahun, menabur mawar di pusara ibunya. Gadis comel yang tak pernah merasai belaian kasih sayang ibunya, tak pernah berkesempatan merasai air susu ibunya sendiri. Kenapa? Kerana ajaran doula yang melampaui batas, memandai-mandai menghasut ibubapa untuk bersalin secara bahaya!

Kalau bukan kami doktor-doktor yang bangun nak bela nasib gadis seperti ini, siapa lagi? Bayi yang meninggal dua hari lepas selepas dikandung 9 bulan, siapa yang nak tegakkan justice untuk dia? Ibubapa? Dah terlambat, terpengaruh dek doula. Doula? Cabut lari edit facebook hide semua post!

U can mark my words.. doula, sebutir habuk pun dia tak peduli pada bayi ini. Dia tak peduli pun apa jadi kat anak korang. Dia tak peduli pun pada outcome. Sebab kalau dia peduli, dia akan suruh korang buat pilihan yang SELAMAT. Dia akan suruh korang PERGI HOSPITAL. Dia akan suruh korang TANYA DOKTOR. Kalau betul dia ikhlas nak tolong korang, doula tu sendiri akan TEMAN KORANG jumpa doktor.

So rest assured, jangan harap la kami para doktor akan biarkan doula-doula tidak bertauliah terus berleluasa menipu dan menghasut para ibu. Kami akan terus-terusan mendedahkan kepada orang awam, akan kebobrokan kalian. Sedangkan guru kalian sendiri Aisha Al-Hajjar dah tegaskan, DOULA TIDAK BOLEH OFFER MEDICAL ADVICE, tapi sebab doula seperti korang yang MELAMPAUI BATAS, menyebabkan KEMATIAN.

Allah itu Maha Adil. Jangan kalian ingat Dia tak dengar doa dari anak kecil seperti ini!

#SayNoToUnsafeBirth

Sumber: Facebook Mohd Syamirulah Rahim

LAGI LAGI HOMEBIRTH

Pengenalan, Asal Usul Tentang Doula  Dan Kenapa Ibu Mengandung Perlu Elak Servis Doula

Pengenalan, Asal Usul Tentang Doula  Dan Kenapa Ibu Mengandung Perlu Elak Servis Doula

Masihkah anda ingat doula Masyitah yang menabur cerita tentang Hospital Shah Alam tempoh hari? Dia buat onar lagi.

Di sebuah negeri diselatan tanah air(yang bawahnya ada pulau mengaum), telah berlaku lagi kes kelahiran dirumah DENGAN SENGAJA. Siap berendam dalam kolam. Sampai anak yang dilahirkan tu arwah.

Ibu tersebut bukannya belajar tak tinggi. Seseorang yang berkelayakan dan berkerjaya profesional. Pergi kelas doula masyitah kena racun buat jela homebirth. Sebab kebarangkalian nak kena czer kalau serah diri ke hospital adalah tinggi sebab kandungan tersebut pada menjelang EDD(estimated due date) berada dalam posisi songsang atau apa yang dipanggil sebagai breech. Yang lebih merisaukan ianya sejenis footling breech dimana kaki dah terjulur dahulu.

So bila si ibu dah rasa perut mengeras, berkeras nak beranak kat rumah hanya bertemankan suami. Doula guide pakai telefon je. Kaki baby dah keluar dulu kepala sangkut. 30 minit sangkut. Doula sampai ditempat kejadian badan dah keluar kepala sangkut lagi. Dia main tarik je. Baby flat tapi doula sibuk suruh skin to skin. Bila tengok baby tak responsive baru nak menggelabah call ambulance. Nak resuscitate baby tu sah2 la mereka tak tahu.

Mak ok, anak arwah(fresh still birth - maksudnya sebelum ni hidup tapi time bersalin arwah) suami boleh pulak bantai bertanya, kalau makbapak yang buat macam ni, dikira membunuh jugak ke? Doula ada singgah hospital tapi sempat lari sebelum orang cekup nak soal jawab.

So sekarang ni dipersilakan doula Masyitah dan suami dia Si Zaki datang mengadap ke sini. Takyah sibuk buat live video bagai apa semua. Takkan lupa punyalah BARU SEMALAM KES NI.

Sumber: Facebook Pseudoscience Watch

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.