Header Ads

Loading...

Tentang Kami

Tawaurians adalah..

Tawaurians merupakan panggilan kepada penduduk Tawau, Sabah yang terkenal dengan mekanan laut di Malaysia. Pihak pengurusan berasal dari bandar 'lejen' terbabit dan dari situlah tercetusnya ilham untuk menamakan blog ini.

Tawaurians merupakan media dengan misi menyebarkan maklumat bertujuan untuk memberi pengetahuan, membuka minda dan berkongsi benda baharu untuk tatapan pembaca.

Perkara online selalunya menarik dan bermakna tetapi semuanya di Tawaurians kami pastikan ia memiliki kedua-duanya. Sensasi dan hebat. Menghiburkan dan memberi kesedaran. Mengejutkan dan penting.

Himpunan kisah, berita dan artikel digabungkan untuk tatapan pembaca dipilih dengan teliti agar anda kekal menjadi pembaca setia kami.

Siapakah pembaca anda?

Secara generalnya, generasi internet tidak mengira usia. Orang yang mengambil berat tentang apa yang berlaku di dunia dan tidak mahu di bosankan dengan perkara tersebut.

Bagaimana saya boleh bantu?

Anda tidak perlu lakukan apa-apa, tapi memandangkan anda bertanya, perkara paling penting yang anda boleh buat adalah selalu kongsikan entri dari Tawaurians.com dengan semua orang yang anda kenal.

Bolehkah saya percaya entri blog anda?

Ya! Kami semak semua entri kami – kami sahkan semua fakta, statistik dan claim daripada pelbagai sumber media utama, televisyen, surat akhbar mahupun radio. Sesetengah apa yang yang anda lihat di Tawaurians seperti tidak boleh dipercayai, tapi itulah sebab kenapa kami kongsikan kepada anda. Kepercayaan anda sangat penting kepada kami di Tawaurians .

Tapi kami juga manusia yang turut melakukan kesilapan. (Bermakna, kadang-kadang entri yang kami keluarkan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan atau secara faktanya salah). Dan apabila ianya terjadi, kami akan betulkan:

Seandainya entri itu faktanya salah, tidak memenuhi standard kami, atau mempunyai masalah lain, kami akan menilai situasi itu dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Termasuk edit entri itu, membetulkan, remove semuanya, memuat naik permohonan maaf, atau kombinasi semua perkara yang disebut.

Kemudian kami akan melakukan perkara yang sama untuk media sosial – kami akan betulkan, menjelaskan, atau meminta maaf di Facebook, Twitter dan lain lain.

Bagaimana saya boleh menghubungi anda?

Seandainya anda mahu mencadangkan entri, sila Hubungi Kami. Untuk pertanyaan media, memberi maklum balas tentang laman web hantarkan mesej ke inbox Facebook Tawaurians. Kami adalah pasukan kecil, jadi kami tidak boleh janji untuk respon kepada anda, tapi kami akan baca semuanya (asalkan mesej yang dihantar bukan dari spam bot).
Dikuasakan oleh Blogger.