Header Ads

Monyet 'Termakan' Mercun Bola

Loading...
Sebak kami melihat kecederaan yang dialami seekor ibu monyet apabila diberi makan mercun bola. Hancur tangan dan mulut akibat perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Kisah sayu ini dikongsikan oleh Shah Mikail di akaun Facebooknya.

Monyet Malang Dibagi Makan Mercun Bola

Tulisnya,

Bagi makanan la.. Jgn baling mercun bola weiii.. Dia ingat makanan dia ambil laaaaa ..meletup kat tangan hancur tangan... Mcm mana dia nk cari makan ..nk panjat pokok...
Korang kejam buat dia mcm ni... Akhirat nanti cari la dia minta ampun..aku nangis wehhhhhhh...
Allah ......
Allah......
Allah....
Anak dia kecik belakang tu... Sapa nk bg makan... Korang yg buat x pikir ke.... Haaaa

Benarlah yang orang cakap sekarang. Manusia lebih teruk dari binatang. Kasihan melihat ibu monyet ini apatah lagi anak-anaknya di belakang itu.

Rata-rata netizen melahirkan rasa hiba atas nasib malang ibu monyet ini. Tidak kurang juga yang melahirkan rasa amarah atas perbuatan manusia yang sangat kejam itu.

Monyet 'Termakan' Mercun Bola

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.