Majikan Dedah Rupanya Pekerja Car Wash Dibelasah Teruk Lagi di Belakang Kedai
Loading...
Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya video seorang pekerja warga Bangladesh dipukul oleh seorang pelanggan di kedai mencuci kereta.
Tindakan pelanggan lelaki yang ganas itu dikecam hebat oleh netizen, rata-rata turut geram dan mahu lelaki berkenaan di bawa ke muka pengadilan.
Namun menurut seorang wanita yang dipercayai pemilik kepada Car Wash berkenaan, insiden itu tidak habis di situ apabila pekerjanya dipukul lagi di belakang kedai sehingga patah hidung.
Kisah ini dikongsikan oleh Atie Abdul Hamid di akaun Facebook miliknya.
Dibelasah lagi belakang kedai
Menurut wanita ini, pekerjanya dipukul lagi dibelakang kedai namun malangnya cctv tidak berfungsi. Terdahulu, lelaki ini dikatakan berang kerana pekerja warga Bangladesh tersebut telah mengotorkan keretanya.
Malah dia enggan membayar kos mencuci kereta dan meminta ganti rugi RM1000.
Orang Melayu kita, pakai Range Rover
Difahamkan laporan polis telah dibuat. Apa-apa pun kita tunggu susulan daripada kes ini, harap dibawa ke muka pengadilan. Jangan kerana ‘pangkat’ kes ini dipandang remeh.
(Update: Penjelasan lelaki tampar bangla di car wash)
(Update: Penjelasan lelaki tampar bangla di car wash)
Tiada ulasan: