Header Ads

Kita Semua Ditipu Hidup-Hidup! Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Loading...
Osama Bin Laden Sebenarnya Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA. Kita Selama Ini Ditipu Hidup-Hidup!

Osama dan al-Qaeda tidak pernah wujud

Osama dan al-Qaeda sebenarnya adalah nama ciptaan Amerika Syarikat. Bukti untuk menyatakan perkara ini adalah melalui mulut ulama daripada Indonesia, Abu Bakar Bashir yang telah ditangkap kerana terbabit dengan pertubuhan pengganas yang mengaitkan dengan persatuan beliau sendiri, Jemaah Islamiah.

Menurut Abu Bakar Bashir, beliau tidak pernah berkerjasama dengan pertubuhan yang bernama al-Qaeda dan Jemaah Islamiah sendiri bukannya sebuah pertubuhan pengganas seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.

Kita Semua Ditipu Hidup-Hidup! Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Penyataan Abu Bakar Bashir turut dipersetujui secara tidak langsung oleh golongan-golongan Taliban dan Mujahiddin. Mereka menyatakan tidak pernah menemui seorang lelaki berjambang yang bernama Osama bin Laden sebelum serangan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan pada tahun 2001.

Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Beberapa individu lain menyatakan bahawa lelaki bernama Osama telah menyalurkan dana berbentuk wang dan senjata untuk memerangi pencerobohan Soviet Union. Osama dikatakan sebagai orang tengah antara CIA dan pejuang-pejuang Mujahiddin di Afghanistan semasa pencerohon Soviet Union dariapda tahun 1979 sehingga 1989.

Kita Semua Ditipu Hidup-Hidup! Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Osama adalah Tim Osman

Menurut mereka lagi, Osama adalah nama samaran kepada Tim Osman yang berkerjasama dengan Zbigniew Kazimierz Brzezinski. Brzezinski adalah penyalur dana terus daripada CIA untuk kegunaan pejuang Mujahidin semasa mereka memerangi penceroboh Soviet.

Kita Semua Ditipu Hidup-Hidup! Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Brzezinski telah berkhidmat selama lima tahun dengan Presiden Jimmy Carter iaitu daripada tahun 1977 sehingga 1981. Tim Osman pula adalah orang tengah Brzezinski untuk berhubung dengan pejuang Mujahiddin. Antara sebab Tim Osman menjadi orang tengah adalah kerana Tim Osman mahir dengan selok-belok pejuang Mujahiddin dan kefasihan berbahasa Arab dan Pushtun.

Sebenarnya, kemuncak karier Osama sebagai agen CIA adalah sewaktu penampilan ‘tiba-tiba’ Osama yang menyatakan kesedihan beliau dengan serangan WTC pada 11 September. Penampilan itu mengejutkan kerana seperti dirancang, Osama muncul dan memberi komen bagi pihak orang Islam.

Manakala, Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, George W. Bush terus menuduh tanpa memberi sebarang bukti kukuh bahawa Osama bin Laden adalah dalang di sebalik serangan nekad ke atas bangunan WTC di New York.

Walhal, Osama sebenarnya tidak menyatakan beliau bertanggungjawab atas serangan itu. Inilah kemusykilan yang menyelingkari keperibadian lelaki misteri bernama Osama bin Laden dan hubungannya dengan CIA serta Amerika Syarikat.

Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Dalam situasi kali ini juga, ramai pakar konspirasi mendakwa ia adalah bertujuan untuk menghapuskan watak Osama bin Laden yang selama ini ‘dipelihara’ oleh Amerika Syarikat dan CIA.

Dengan terhapusnya watak Osama ini, kemungkinan besar dunia bakal menerima seorang lagi watak ‘antagonis’ yang dahulunya dipegang berpuluh tahun oleh Osama Bin Laden atau Tim Osman.

Kepada pakar konspirasi Islam, tujuan watak Osama diada-adakan adalah satu iaitu meningkatkan semangat Islamifobia dan anti-Islam di seluruh dunia.

Secara keseluruhannya, kejayaan watak Osama sebagai ketua teroris menyebabkan umat Islam di seluruh dunia menderita dengan sentimen negatif oleh masyarakat dunia terhadap umat Islam.

Pemimpin Islam di seluruh dunia dan juga dunia Islam yang kabur mengenai siapakah Osama telah mengangkat beliau sebagai hero, sedangkan perkara yang sebenar-benarnya adalah Osama adalah agen CIA paling hebat pernah dilahirkan Amerika Syarikat!.

Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Laman web surat khabar terkemuka iaitu Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror telah mengeluarkan secara rasmi gambar mayat Osama bin Laden yang dipercayai terbunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat di Pakistan.

Namun, gambar itu kemudian cepat-cepat dikeluarkan setelah desas-desus kesahihan gambar tersebut dipertikai oleh masyarakat dunia di Twitter, forum, Facebook dan media-media interaksi yang lain.

Apa yang pelik sebenarnya adalah gambar mayat Osama bagaimanapun langsung tidak dipertikaikan oleh editor-editor akhbar terkemuka tersebut sedangkan sekali lihat sahaja sudah boleh mengetahui ia adalah hasil suntingan dengan menggunakan software Adobe Photoshop.

Di blog-blog pula telah wujud pelbagai andaian bahawa Osama tidak terbunuh dan serangan di rumah mewah di Abbottabad adalah untuk membunuh pengedar dadah yang paling dikehendaki di daerah yang terletak 60km daripada Islamabad. Serangan Amerika Syarikat tersebut bagaimanapun diandaikan oleh Barack Obama sebagai misi untuk membunuh Osama bin Laden.

Osama dan banglo besar

Kemusykilan berkaitan kematian Osama bin Laden berterusan. Antara yang boleh dipertikaikan adalah tempat persembunyiaan seorang yang dikatakan berjihad menentang musuh Allah. Sesuaikah mujahidin seperti Osama bersembunyi di sebuah rumah banglo?

Sebenarnya Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Masih lagi berkenaan rumah banglo. Osama bin Laden dikatakan seorang yang pakar dalam persembunyian. Akan tetapi, Osama dilaporkansecara rasmi oleh Amerika Syarikat telah bersembunyi di rumah yang paling besar di daerah Abbottabad.

Logikkah individu yang paling diburu seperti Osama bin Laden bersembunyi di rumah mewah tersebut? jika difikirkan dengan logik, rumah tersebut amat mudah dicam oleh perisik-perisik CIA di Pakistan mahupun penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, amat mustahil untuk seorang yang mahir seperti Osama hidup bersembunyi di rumah paling besar di daerah tersebut.

Osama dan pengebumian di laut

Bukti Osama Bin Laden Adalah Agen CIA Dalam Sejarah CIA!

Osama telah dilaporkan telah disemadikan di laut untuk mengelakkan pemujaan terhadap kubur beliau oleh pengikut-pengikut fanatiknya. Namun, ramai yang sangsi dengan fakta tersebut. Salah satunya adalah tiada kesaksian tentang mayat Osama telah disemadikan di laut. Bergitu juga dengan gambar dan foto-foto semasa upacara itu dilaksanakan. Boleh dikatakan, tiada bukti miskipun sedikit untuk menyokong fakta bahawa Osama telah pun disemadikan di lautan.

Bertambah menarik, ia sebenarnya bercanggah dengan kenyataan awal jurucakap bagi kerajaan Amerika Syarikat yang mana akan berjanji untuk menyerahkan kepada keluarga terdekat Osama untuk proses pengebumian mengikut ajaran Islam!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.