Header Ads

Alhamdulillah, Cikgu Azizan Dibebaskan Mahkamah Dari Sebarang Pertuduhan

Loading...
Berita gembira buat warga Malaysia dan khususnya golongan pendidik, mahkamah Majistret Seremban sebentar tadi telah membebaskan Azizan Manap,44, atau lebih lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Azizan daripada sebarang pertuduhan.

Cikgu Azizan Bebas Dari Sebarang Pertuduhan, Waris Pelajar Tarik Balik Kes

Menurut sumber, waris pelajar berkenaan didakwa telah menarik balik kes berkenaan dan tidak hadir di mahkamah hari ini.


Berdasarkan fakta kes, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi tiga lagi rakan lain, buli, memukul murid lain dan ponteng sekolah.

Sebutan kes diadakan pada 31 Oktober lalu diikuti 27 November bagi penyerahan dokumen pertuduhan, manakala esok adalah hari perbicaraan kes

Alhamdulillah, Cikgu Azizan Dibebaskan Mahkamah Dari Sebarang Pertuduhan

Jika didapati bersalah, dia yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sejak beberapa hari lalu, kes Cikgu Azizan menjadi tular selepas gerakan dengan hashtag #PrayForCikguAzizan dilancarkan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.