Header Ads

Fathia Latiff Kena Kecam Lagi Gara-Gara Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live

Loading...
Sejak dari awal tahun lagi, nama pelakon Iqram Dinzly sering berkongsi kelakuan aneh beliau di laman Instagram miliknya. Baru-baru ini, Iqram muncul lagi dengan aksi terbaru beliau di Insta Live.

Berbeza dengan babak-babak sebelum ini. bukan video Iqram itu yang telah mendapat perhatian netizen, sebaliknya komen yang ditinggalkan oleh rakan artisnya yang menjadi bahan bualan netizen hari ini.

Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live, Fathia Latiff Dikecam

Fathia Latiff, artis yang terkenal kerana pernah mengeluarkan beberapa kenyataan yang dianggap 'bodoh' oleh sesetengah netizen sebelum ini telah kembali mencetuskan kontroversi setelah Fathia meninggalkan beberapa buah komen yang berbunyi kurang ajar di dalam Insta Live Iqram Dinzly itu.

Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live, Fathia Latiff Dikecam

Fathia Latiff Dikecam Gara-Gara Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live

Netizen dilihat sedikit keliru dengan komen yang diberikan oleh Fathia ini. Jika benar Fathia hanya melawak, tindakan menyuruh Iqram untuk membunuh diri itu bukanlah sesuatu yang kelakar dan boleh dibuat main.

Fathia Latiff Dikecam Gara-Gara Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan gurauan tetapi tidak mengenai hal membunuh diri. Jika dia tidak berfikir panjang, mungkin perkara tersebut boleh menjerumus Iqram melakukan hal yang sedemikian.

Walaupun sudah banyak kali diingatkan, diharap agar Fathia akan lebih bijak memikirkan setiap kata-kata yang ingin dia keluarkan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.