Header Ads

Rahsia Sebenar Disebalik Pedang Damascus Akhirnya Terbongkar

Loading...
Rahsia pedang Damascus terbongkar !!

Teknik pembuatan pedang damascus ini begitu rahsia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di Damascus saja yang menguasainya. Ini juga yang menyebabkan teknik pembuatan pedang Damascus akhirnya punah. Sehingga kini teknologi pembuatan besi yg paling canggih sekali pun belum mampu membuat pedang yg lebih tajam dari pedang damascus.

Rahsia Disebalik Kehebatan Pedang Damascus Akhirnya Terbongkar

Penelitian melalui mikroskop mendapati pedang-pedang Damascus ini memiliki seperti lapisan kaca dipermukaannya. Boleh dikatakan para ilmuwan muslim di timur tengah telah mencapai teknologi Nano semenjak seribu tahun yg lalu. Beberapa ahli meturologi moden mengaku berjaya membuat besi yg sangat mirip dengan besi Damascus , namun masih belum menyamai 100%.

Rahsia Disebalik Kehebatan Pedang Damascus Akhirnya Terbongkar

John Verhouven dari Universiti Iowa telah menemui bahawa hanya besi jenis tertentu digunakan dalam pembuatan pedang Damascus. Terdapat juga elemen – elemen lain seperti vanadium, yang akan menghasilkan sudut yang tepat.

Rahsia Sebenar Disebalik Pedang Damascus Akhirnya Terbongkar

Pada tahun 2006, kehebatan pedang Damascus telah dibongkar oleh Profesor Dr. Peter Paufler dan pasukan penyelidiknya. Mereka menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang digunakan oleh pahlawan Islam ini. Tiub karbon nano inilah yang menjadikan pedang–pedang pahlawan Islam ini sangat istimewa…tajam dan mudah lentur. Penemuan ini telah diterbitkan di jounal Scientific Nature pada tahun yang sama

Rahsia Sebenar Disebalik Pedang Damascus Akhirnya Terbongkar

Menurut Profesor D. Peter Paufler, kunci kepada teknologi nano ini adalah pada teknik pembuatannya dan menggunakan bijih besi dari India yang dipanggil Wootz. Ia mempunyai jumlah peratusan unsur karbon yang tinggi. Apabila dipanaskan sekitar 800 darjah Celcius, campuran besi dan karbon kemudian dimasukkan unsur–unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan lain–lain membuatkannya menjadi pedang yang sempurna.

Rahsia Sebenar Disebalik Pedang Damascus Akhirnya Terbongkar

Teknik pembuatan Pedang Damaskus termasuk salah satu pengetahuan Islam yg hilang. Pedang, tombak dan Pisau Damascus kini hanya dapat dilihat di pelbagai Muzium di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.