Header Ads

Syok Sangat Mengata Najib Masa Isteri Mengandung,Sekali Dah 'Terkenan' Dekat Anak

Loading...
Dalam budaya masyarakat Melayu tradisional, pastinya kita pernah mendengar mengenai ‘kenan‘. Istilah ini akan diguna pakai sekiranya terjadi kelahiran bayi yang baru dilahirkan dalam keadaaan ‘cacat’ atau tidak berapa sempurna.

Bila sahaja perkara ini terjadi kepada bayi, mulalah ibu bapa atau ahli keluarga mencari penyebab kepada punca mengapa bayi berkenaan dilahirkan dengan ‘kenan’ yang sedemikian.

Kenan ini berkait rapat dengan perkara-perkara yang dilakukan oleh ibu semasa frasa mengandung atau boleh juga terjadi kepada bapa anak tersebut yang berkenan dengan sesuatu tak kira objek, manusia atau binatang.

Namun, ini pula yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata 3 bulan lepas. Kelvin melalui laman Facebooknya berkongsi gambar anaknya yang dikatakan kenan dengan Perdana Menteri kita sekarang, Dato’ Seri Najib. Mari kita baca kisah lucu yang dikongsi daripada Adam Kelvin ini.

Suami Sering Cakap Pasal Najib Masa Isteri Mengandung, Lihat Apa Yang Terjadi Pada Anaknya Selepas Lahir

Anak ‘kenan‘ Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak

Teringat balik masa mula-mula anak saya dilahirkan bulan 3 tahun lepas. Keadaan masa tu amatlah kelam kabut. Air ketuban isteri saya dah pecah masa dalam wad bersalin. Dengan labor room penuh. Nurse menjerit panggil doktor. Sebab bukaan dah penuh. Doktor bersiap sedia untuk menyambut kelahiran bayi. Saya jadi panik tapi hanya mampu berdoa moga dipermudahkan. Last minute, alhamdulillah ada labor room kosong. Masa dalam labor room, semua nurse, bidan dan doktor bagi semangat kat isteri saya suruh push keluarkan baby.

“Tu la saya dah pesan jangan cakap pasal Najib! Tengok ni, anak kita macam pak Najib!!!”

Saya jadi blur sangat dan hanya menurut kata.

“Puusshh..fafa. Kepala anak kita dah nampak.”

Sambil lap peluh didahi sebab ketakutan tengok darah banyak. Tak lama kemudian, lahirlah cahaya mata kami. Saya pulak jadi emosional. Tak percaya anak saya sudah ada didepan mata.

Tapi drama tak habis kat situ wei. Lepas saja nurse selesai mandikan anak saya, tiba-tiba isteri marah saya kat labor room tu.

“Jun Guang!! Tu laaa saya dah pesan jangan cakap pasal najib masa saya pregnant dulu! Tengok ni, anak kita rambut macam pak najib!!! Tengah-tengah tak ada rambut. Kiri kanan je ada rambut sikit. Huaarrgghh”

“Tu la saya dah pesan jangan cakap pasal Najib! Tengok ni, anak kita macam pak Najib!!!”

Menangis macam budak-budak isteri saya masa tu. Saya jadi speechless. Selama ni saya ingat isteri saya main-main je cakap pasal kenan ni. Tak sangka betul. Masa tu saya baru tahu erti penyesalan. 

Haha.. Daahh satu hal pulak saya nak tenangkan dia lepas bersalin. Ingatkan dia nak cakap anak kami comel ke apa. Atau cakap terima kasih sebab bagi sokongan kat dia dari bukaan awal. Sekali kena marah dalam labor room tu.

Tengah-tengah saya pujuk isteri saya dan minta maaf, rupa-rupanya ada seorang doktor sedang memerhatikan drama kami dari jauh. Beliau datang dan tenangkan keadaan isteri saya dengan berkata,

“Puan, awak patut bersyukur suami awak cakap pasal pak najib je masa awak pregnant. Kalau dia asyik cakap pasal kak ros? Can you imagine macam mana rambut anak awak nanti?”

Huaaarrrgghhh..isteri saya menangis buat kali kedua.

Sekian drama teman isteri bersalin. Bersiap sedialah wahai bakal bapa-bapa sekalian. All the best. Percayalah ia merupakan pengalaman yang tak ternilai harganya.

Sumber: Facebook Adam Kelvin / siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.