Header Ads

Loading...

"Adakah Dengan Pelancaran Hijab, Boleh MengIslamkan Entiti Kelab Malam?"

Loading...
Pagi ni kecoh dengan berita tentang Neelofa yang telah melancarkan koleksi Naelofar Hijab iaitu #BeLofa di sebuah kelab malam yang sangat terkenal di KL, Zouk.

"Adakah Dengan Pelancaran Hijab, Boleh MengIslamkan Entiti Kelab Malam?"

Ramai yang terperanjat kerana Neelofa memilih tempat sebegitu sebagai lokasi untuk pelancaran koleksi baru tudungnya. Walau bagaimanapun, pemilik jenama Naelofar Hijab mempertahankan dirinya memberitahu bahawa Zouk murah lapan kali ganda dari tempat lain.

"Adakah Dengan Pelancaran Hijab, Boleh MengIslamkan Entiti Kelab Malam?"

Sejak itu, ramai yang cuba menasihati pelakon jelita itu supaya muhasabah diri dengan keputusan yang dibuatnya termasuklah Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar melalui entrinya di Facebook.

Di dalam entri tersebut, dia mengkritik betapa wanita Muslim yang berhijab kini sudah jauh dari prinsip dan falsafah sebenar memandangkan memakai hijab itu sendiri merupakan satu identiti yang berkait rapat dengan taqwa.

"Adakah Dengan Pelancaran Hijab, Boleh MengIslamkan Entiti Kelab Malam?"

Menurutnya lagi, kita sepatutnya menjauhi tempat-tempat maksiat seperti kelab malam seumpama Zouk yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi penangkapan selebriti Muslim yang selamba minum arak di situ.

“Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk atau sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita Muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?”

"Adakah Dengan Pelancaran Hijab, Boleh MengIslamkan Entiti Kelab Malam?"

Alasan yang diberikan Neelofa tidak diterima beliau kerana banyak lagi tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya serta yang penting, lebih mulia. Prof Madya Dr. Rafidah turut menasihati Neelofa supaya merujuk semula ayat-ayat Al-Quran berkenaan hijab serta menghayati pesanan-Nya.

“Betul, jangan difikirkan kata-kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.”

Semoga Neelofa terima teguran dan nasihat yang diberikan…

Sumber:Lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.