Header Ads

Loading...

Baca Ni 10 Cara Nak Jaga Mata Bagi Anda Yang Hari-hari Hadap Laptop

Loading...
Boleh dikatakan zaman sekarang ni semua kerja guna komputer ataupun laptop. Bila kena hadap skrin laptop lama-lama, mesti mata akan berair dan kesan jangka panjang tu tak payah ceritalah. Mata ni bukan senang nak jaga, so korang yang terpaksa hadap laptop sebab kerja ataupun memang suka bertapa depan laptop kena tahu cara-cara yang betul untuk jaga mata.

Baca Ni 10 Cara Nak Jaga Mata Bagi Anda Yang Hari-hari Hadap Laptop

Ramai yang takde masa nak pergi check mata ataupun dapatkan rawatan mata sebab busy dengan kerja atau memang kalau hujung minggu tu adaaa je benda nak buat. Bila mata dah rosak, kos nak buat spek atau rawatan lasik boleh sampai ribuan ringgit tau. Untuk mudahkan kerja korang, ni ada cara-cara mudah nak jaga mata kalau korang terpaksa hadap laptop hari-hari.

1. Kelipkan mata dengan kerap

Kalau korang jenis yang kena mengadap skrin laptop lapan jam sehari, tu belum masuk yang tonton movie dekat laptop di rumah lagi, cuba kelipkan mata tu slow-slow setiap 20 minit. Kelip macam orang nak terlelap kalau dah mengantuk sangat tu. Ulang sampai 10 kali lepas tu teruskan kerja. Ada kajian cakap orang guna komputer ni dia kurang berkelip. So kalau kurang berkelip nanti air mata kita akan menyejat then lapisan mata kita kering takde perlindungan. Mata kering ini akan lebih teruk tambah-tambah lagi kalau kita dalam bilik ada aircond.

2. Rehatkan pandangan

Otot-otot mata pun nak rehat juga tau. Kalau dah fokus lama-lama sangat depan skrin komputer tu, cuba rehatkan pandangan dengan tengok objek-objek yang jauh setiap 20 minit. Ni boleh kurangkan stress kat bebola mata korang tu. Cuba pandang objek yang jauh-jauh tu 10 hingga 15 saat lepas tu pandang balik objek yang dekat dengan korang 10 hingga 15 saat jugak. Latihan ni penting supaya otot-otot fokus korang tu tak kejang lepas guna komputer berlebihan.

3. Luangkan masa untuk rehat

Baca Ni 10 Cara Nak Jaga Mata Bagi Anda Yang Hari-hari Hadap Laptop

Korang tahu tak, orang yang guna komputer dan berehat lima minit empat kali sehari tu better daripada orang yang rehat 15 minit tapi dua kali sehari je. Kalau hal mata ni, kuantiti untuk rehat tu lagi penting. Bila time rehat tu, cuba la jugak buat stretching bahu, leher dan bahagian belakang tu sekali alang-alang.

4. Guna pencahayaan yang sesuai

Mata ni selalunya akan jadi lebih letih bila hadap cahaya skrin yang ditambah pulak dengan cahaya matahari dan cahaya lampu dalam rumah. Sepatutnya pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer ni kena separuh malap dari cahaya lampu skrin laptop tu. Guna lampu pejabat atau bilik yang ada intensiti rendah atau guna bilangan lampu yang sikit je. Kalau boleh jangan guna laptop tepi tingkap sebab kat situ banyak cahaya matahari.

5. Buat pemeriksaan mata

Baca Ni 10 Cara Nak Jaga Mata Bagi Anda Yang Hari-hari Hadap Laptop

Yang satu ni nak cakap senang, nak buat memang susah. Mata kita ni sepatutnya kena check sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi korang pernah dengar ada kawan-kawan yang check mata setahun sekali? Tak pernah kan. Kalau yang dapat kerja bersangkut paut dengan komputer, lagilah kena check mata untuk tengok tahap penglihatan and kesihatan mata korang. Pemeriksaan ni penting supaya korang tak terkena masalah mata yang serius ataupun manalah tahu tiba-tiba mata jadi rabun ke. Boleh la rawat awal-awal.

6. Kurangkan silau

Mata boleh jadi letih sebab silau yang terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding atau skrin komputer. Cuba elak guna dinding bilik yang warna terang macam putih dan cuba guna skrin komputer yang ada filter cahaya. Kalau korang pakai cermin mata, pastikan spek korang tu ada Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk minimumkan kesan silau kat mata. Bila dah kurangkan kesan silau tu, korang boleh kurangkan stress kat mata jugak.

7. Upgrade monitor

Tetapkan refresh rate monitor korang tu supaya lebih dari 75 Hz untuk lebih selesa bila guna komputer atau laptop. Seeloknya cuba tukar monitor jenis lama (CRT) kepada monitor LCD yang macam skrin laptop tu. Skrin jenis flat ni pulak kena ada dot-pitch yang rendah, contohnya kurang daripada 0.28mm. Dot-pitch rendah ni boleh kurangkan beban kat mata korang, dan lagi elok kalau boleh pilih skrin yang besar. Selesa mata nak pandang, jelas je nampak semua kan.

8. Ubah suai contrast tulisan dan background komputer

Baca Ni 10 Cara Nak Jaga Mata Bagi Anda Yang Hari-hari Hadap Laptop

Saiz font yang korang guna kat laptop tu kenalah sesuai dengan tahap penglihatan korang. Saiz font tu kalau boleh bila korang pandang tu rasa selesa, tak kena kecilkan mata bila nak baca. Objek atau tulisan pulak kena guna contrast yang berbeza untuk elakkan rasa tak selesa kat mata korang. Contohnya macam tulisan warna hitam, kenalah padankan dengan background warna terang. Jangan tiba-tiba background gelap, font pun gelap. Boleh migraine satu hari nak baca tu. Background tu pun kalau boleh tak payah serabut sangat bercorak-corak, kasi kosong and tenang je.

9. Ubah suai susunan meja kerja

Kalau boleh pilih antara printed copy atau skrin komputer, better letak yang printed copy sebelah monitor komputer guna stand ke apa ke, pandai-pandai koranglah. Cara ni mudah tapi boleh elakkan daripada mata korang jadi letih tau. Boleh guna lampu meja jugak tapi jangan suluh kat skrin komputer atau dalam bebola mata korang tu. Cuba ubah suai kerusi kasi sama level dengan skrin komputer supaya lebih kurang 10 hingga 15 darjah bawah daripada penglihatan korang dan jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya 50 hingga 100 cm.

10. Pakai cermin mata khas untuk penggunaan komputer

Baca Ni 10 Cara Nak Jaga Mata Bagi Anda Yang Hari-hari Hadap Laptop

Guna komputer lama-lama ni walaupun tak rabun, elok kalau korang pakai cermin mata khas. Cermin mata khas ni supaya korang lebih selesa buat macam-macam kerja dekat. Cuba dapatkan info daripada optometrist yang dekat-dekat dengan korang dan tanya pasal kanta khas ni. Lebih baik berjaga-jaga dari awal daripada tengok-tengok mata dah rosak kan.

Senang je rupanya nak jaga mata. Baik praktikkan awal-awal daripada tunggu mata dah rosak baru nak rawat, kan?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.