Header Ads

Berdarah Mulut Kanak-kanak Kerana Hampir Tertelan Serpihan Kaca Dalam Bubur di Kedai Makan Popular

Loading...
Jika minggu lepas kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki tersedut cicak dalam air minuman yang dibeli dari kedai minuman popular di Bukit Jalil, kali ini seorang wanita pula berkongsi kisah tidak sedap didengar tentang makanan yang dimakan bersama keluarga di sebuah restoran popular.

Berdarah Mulut Kanak-kanak Kerana Hampir Tertelan Serpihan Kaca Dalam Bubur di Kedai Makan Popular

Menurut WORLD OF BUZZ, wanita tersebut yang merupakan seorang ibu berkongsi di laman sosial pengalaman tidak diduga berlaku ke atas anak perempuannya sewaktu mereka sedang menikmati hidangan di sebuah restoran makanan Cina popular. Wanita itu mendakwa bahawa anak perempuannya hampir tertelan serpihan kaca ketika sedang makan bubur.

Wanita dikenali sebagai Siew Chin berkenaan menceritakan bahawa dia mengunjungi sebuah cawangan pusat membeli belah untuk makan tengah hari bersama anak perempuannya. Ketika itu, Siew memesan semangkuk bubur nasi untuk dimakan oleh anaknya. Sewaktu anaknya sedang makan, Siew ternampak perkara yang agak aneh berlaku.

“Sewaktu anak saya sedang makan, tiba-tiba saya ternampak mulutnya berdarah dan dia seperti tergigit sesuatu yang keras. Dia cepat-cepat ludah apa yang ada di dalam mulut. Alangkah terkejutnya bila apa yang diludah itu adalah serpihan kaca!” 

Berdarah Mulut Kanak-kanak Kerana Hampir Tertelan Serpihan Kaca Dalam Bubur di Kedai Makan Popular

 “Nasib baik anak saya sedar sebelum dia sempat telan kaca tu, kalau tak pasti sesuatu yang lebih teruk berlaku. Serpihan kaca tu lukakan mulut anak saya! Saya tak faham macam mana kaca boleh ada dalam bubur!” kata Siew lagi dengan berang.

Selepas kejadian, Siew dan keluarganya membuat laporan kepada pihak pengurusan restoran, namun wanita tersebut kecewa dengan reaksi balas yang diterima. Pengurus restoran hanya bertindak untuk tidak mengenakan sebarang caj bayaran kepada Siew sebagai pampasan untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa memberikan penjelasan kepada keluarga wanita itu.

Mengakhiri perkongsiannnya, Siew memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kepada anak perempuannya. Nasib baik tak tertelan!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.