Header Ads

Di mana Silapnya Jackie Chan Sampaikan Anak Perempuan Cuba Bunuh Diri, Anak Lelaki Penagih

Loading...
Bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya untuk Jackie Chan menempa nama di mata dunia dan menjadi terkenal dan berjaya seperti sekarang. Banyak yang perlu dikorbankan terutama masanya untuk keluarga demi kerjaya.

Jackie Chan yang terkenal dalam filem aksi juga layak digelar pelawak kerana setiap genre aksi yang dipertontonkan sering sahaja dimuatkan dengan adegan kelakar dan mencuit hati.

Sehingga kini, tokoh kung fu yang lahir pada 7 April 1954 itu yang kini berusia 63 tahun masih lagi aktif berlakon dan menghasilkan filem.

Namun, disebalik kejayaan demi kejayaan yang dikecapi olehnya kini tidak lagi dikejar mahupun menjadi kebanggaannya.

"Jika anda tidak pernah ada masa untuk anak-anak anda, semua kejayaan anda adalah sia-sia." Katanya.

Adakah kejayaan yang dikecapi oleh Jackie Chan semuanya adalah sia-sia?

"Anak Perempuan Bunuh Diri, Anak Lelaki Penagih"- Di mana Silap Jackie Chan?

Kisah perjalanan hidup Jackie Chan dalam dunia perfileman dan gosip mengenai dirinya juga tidak asing lagi dalam dunia hiburan.

Kisah bagaimana Jackie Chan menemui 'skandalnya' juga telah menjadi bualan ramai dan tidak lagi menjadi rahsia.

Untuk info, Jackie Chan bertemu dengan Elaine Ng pada tahun 1998 dan mereka menjalinkan hubungan percintaan sehinggalah Elaine Ng disahkan hamil.

Pada mulanya, Elaine Ng tidak berani mendedahkan siapa sebenarnya ayah kepada kandungannya itu sehinggalah dia nekad mengumumkan bahawa anak dari kandungannya itu adalah hasil dari percintaannya dengan Jackie Chan.

Kelahiran anak hasil hubungan dengan Elaine Ng membuat nama Jackie Chan tercalar sehingga membuatkan fokusnya untuk berkarya terganggu dan menyifatkan dirinya sebenarnya diperangkap.

"Anak Perempuan Bunuh Diri, Anak Lelaki Penagih"- Kegagalan Dalam Keluarga, Di mana Silap Jackie Chan?

Jackie Chan akhirnya mengadakan sidang akhbar dan memohon maaf. Katanya, "Saya melakukan kesalahan yang mungkin saja dilakukan oleh mana-mana lelaki di dunia ini. Saya bersalah pada wanita tersebut dan kandungannya. Saya juga tidak tahu bagaimana untuk menghadapi isu ini.".

Mungkin masih menganggap dirinya diperangkap oleh Elaine Ng, rasa bencinya membuatkan dia tidak mengaku anak dalam kandungan tersebut adalah anaknya dan sama sekali mempedulikan Elaine Ng dan kandungannya.

Sekiranya rakan media mahupun wartawan mengajukan soalan mengenai anak perempuannya, Jackie Chan hanya berdiam diri dan tidak mempedulikan soalan tersebut dan Jackie Chan turut meminta agar peminat tidak lagi bertanyakan mengenai hal tersebut.

Namun, ramai yang tidak tahu, Jackie Chan sebenarnya sering sahaja teringat akan anak perempuan sehinggalah suatu hari, Jing Tian yang juga pelakon dalam filem aksi “Police Story” mendedahkan kisah sedih tentang pengalamannya berlakon dengan Jackie Chan.

Menurutnya, ketika memegang watak sebagai anak perempuan yang keras kepala kepada Jackie Chan (hero) dalam filem “Police Story”,  dia terlihat Jackie Chan menangis kerana terlalu menghayati adegan dan wataknya yang pastinya sedang teringat tentang anak perempuannya.

Kegagalan Dalam Keluarga, Di mana Silap Jackie Chan?

Kerana kerinduan yang mungkin tidak dapat dibendung lagi, Jackie Chan akhirnya meluahkan perasaannya kepada anak perempuannya. "Saya teringat kepadanya kerana saya telah mengabaikannya terlalu lama.".

Jackie Chan menangis sambil berkata, "Seumur hidup ini, saya paling bersalah pada anak perempuan saya. Tapi, diantara isteri dan anak perempuan, saya tidak mampu memilih anak perempuan. Saya percaya, nanti bila dia sudah dewasa, dia akan memahami kesulitan yang saya alami.".

Selama beberapa tahun selepas kejadian yang menggemparkan industri hiburan itu, Jackie Chan tidak pernah ambil peduli tentang perkembangan Elaine Ng mahupun anak perempuannya yang kini dilaporkan telah mencecah usia 16 tahun. Tiada siapa menyangka Jackie Chan tergamak mengabaikan anak perempuannya sehingga tidak memberikan nafkah mahupun mewariskan secebis harta.

Walaupun Jackie Chan sudah mengakui anak perempuan dari kandungan Elaine Ng adalah anaknya, namun anak perempuannya itu sama sekali tidak pernah mengaku Jackie Chan adalah anaknya. HAl tersebut memalukan Jackie Chan dan anak perempuannya itu berkata, memiliki seorang ibu sudah cukup dan tidak memerlukan seorang ayah.

Kegagalan Dalam Keluarga, Di mana Silap Jackie Chan?

Demi kejayaan, Jackie chan menumpukan seluruh masa dan tenaganya pada kerjaya sehingga terpaksa mengorbankan masa untuk anak-anaknya. Dia juga dilaporkan sering tidak punya waktu untuk anak lelakinya, Jaycee Chan. 

Semasa Jaycee Chan ditangkap kerana penyalahgunaan dadah, dia ada menulis sepucuk surat permohonan maaf sepanjang 3 halaman dan di dalamnya terkandung yang perhatian yang diberi oleh ayahnya adalah sangat kurang.

Jaycee Chan juga menulis, kerana ayahnya sangat sibuk, mereka sangat jarang bertemu malah untuk makan bersama juga sangat jarang.

Jaycee Chan juga mengeluh kerana sering diabaikan dan tidak merasa kasih sayang yang sebenar dari seorang ayah sehinggalah dia 'terpaksa' mengambil 'ubat' untuk menghilangkan stress dan akhirnya dicekup pihak berkuasa.

Akibat kurang perhatian dari ayahnya, Jaycee Chan telah disabitkan kesalahan atas penyalahgunaan dadah. Rata-rata peminat Jackie Chan terkejut dan menyalahkannya atas kejadian ini.

Kegagalan Dalam Keluarga, Di mana Silap Jackie Chan?

Sebenarnya, Jaycee Chan telahpun terlibat dalam penyalahgunaan dadah selama 8 tahun. Namun, apabila disoal, ayahnya dengan yakin menjawab bahawa adalah sangat mustahil untuk anaknya terlibat dengan perkara yang sedemikian rupa.

Terbaharu, sejak kebelakangan ini, timbul ura-ura yang mengatakan bahawa anak perempuan Jackie Chan pula cuba membunuh diri kerana depresi atau kemurungan dan terpaksa dirawat di hospital.

Siapa sangka, disebalik senyumannya, Jackie Chan sebenarnya memendam rasa yang amat dalam dan mempunyai masalah peribadi yang sukar diceritakan.

Semoga Jackie Chan dapat meluangkan lebih masa untuk anak-anaknya dan menjadi seorang ayah yang menjadi idola kepada anaknya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.