Header Ads

Didakwa Mata Duitan, Elfira Marah & Jelaskan Perkara Sebenar

Loading...
Baru-baru ini, peminat telah dikejutkan dengan berita putusnya pertunangan di antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka dan berharap semoga terdapat hikmat di sebalik kejadian ini. Namun, tidak kurang juga yang mengecam dan membuat tuduhan tidak berasas kepada pasangan ini.

Didakwa Mata Duitan, Elfira Marah & Jelaskan Perkara Sebenar

Elfira dan keluarga sendiri didakwa mata duitan gara-gara tersebarnya gambar Elfira bersama seorang lelaki di Mekah. Ramai yang membuat andaian lelaki tersebut menjadi punca perpisahan Elfira & Sufian. Berang dengan tuduhan tersebut, Elfira menerusi laman Instagramnya menjelaskan perkara sebenar.

‘Fed up dengan manusia yang macam ni’

Didakwa Mata Duitan, Elfira Marah & Jelaskan Perkara Sebenar

Elfira nampaknya sudah penat untuk melayan gosip-gosip yang dikaitkan dengan dirinya. Dia juga marah kerana netizen tidak habis-habis menimbulkan dakwaan bahawa faktor kewangan menjadi antara punca pertunangannya putus.

‘Dalam caption terang-terang dah tulis..’

Didakwa Mata Duitan, Elfira Marah & Jelaskan Perkara Sebenar

Elfira juga mendakwa tiada ruang untuk menimbulkan fitnah dalam gambar-gambar yang dikongsi kerana ianya telah dijelaskan melalui caption yang dimuatnaik. Pertemuannya dengan jejaka terbabit di Mekah pula adalah disebabkan mereka berada dalam kumpulan yang sama untuk menunaikan ibadah tersebut. Katanya lagi, dia telah menjelaskan perkara ini dan terpulang kepada netizen untuk terus melemparkan pendapat.

‘Done clearing the picture’

Didakwa Mata Duitan, Elfira Marah & Jelaskan Perkara Sebenar

Dalam status insta story Elfira juga diselitkan dengan satu quote beserta caption bahawa dia berharap satu hari nanti netizen akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan dalam jiwa mereka. Setakat itu sahaja penjelasan yang dibuat oleh Elfira berkenaan gambar-gambar yang mengaitkan dirinya dengan jejaka terbabit.

Sumber : elfiraloy , ohbulan

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.