Header Ads

Hanya Serendah RM67.91 Lelaki Ini ‘Lelong’ Dirinya di Carousell Sempena Hari Kekasih

Loading...
Sebut sahaja 14 Februari, masing-masing sudah tahu bahawa ia adalah tarikh Hari Kekasih Sedunia. Walaupun kita sebagai orang Islam tidak digalakkan untuk menyambut, namun ada antara kita yang beranggapan bahawa semua itu terpulang pada niat masing-masing. Segelintir daripada kita juga pastinya mengharapkan sejambak bunga ros atau pun sekotak coklat daripada insan tercinta, terutamanya bagi kaum wanita.

Namun bagi mereka yang sedang single and available, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat seorang lelaki kacak yang promote dirinya untuk dijadikan kekasih sementara sempena Hari Kekasih yang akan tiba tidak lama lagi. Haa excited lahh tu!

Hanya Serendah RM67.91 Lelaki Ini ‘Lelong’ Dirinya di Carousell Sempena Hari Kekasih

Menurut MMO, terdapat seorang jejaka yang dikenali sebagai Johan, telah memberi keizinan kepada kaum wanita di luar sana untuk menjadikannya sebagai boyfriend  sementara sempena Hari Kekasih ini. Dia telah menawarkan perkhidmatannya itu melalui Carousell dengan harga RM 67.91 hingga RM1000! Fuhhh!

Menurut ‘penjual’ yang menggunakan nama flystorekl itu, dia sememangnya menerima tawaran keluar untuk bagi Hari Kekasih tanpa ada sebarang ikatan istimewa. Namun, dia tidak akan menolak apa-apa kemungkinan bagi date yang kedua sekiranya mereka serasi bersama. Wahh yang single tu boleh try ni!

Hanya Serendah RM67.91 Lelaki Ini ‘Lelong’ Dirinya di Carousell Sempena Hari Kekasih

“Sendirian di Hari Kekasih? Saya pun, untuk itu saya menawarkan satu hari istimewa untuk kita keluar dating! Apa sahaja sama ada makan malam, tengok wayang atau apa-apa yang sah di sisi undang-undang yang anda mahu”

Difahamkan, Johan telah mengeluarkan caption di atas, namun sudah dipadamkan tanpa diketahui sebabnya.

Hanya Serendah RM67.91 Lelaki Ini ‘Lelong’ Dirinya di Carousell Sempena Hari Kekasih

Sebelum ini, turut ada ‘penjual’ yang mempromosikan dirinya untuk dijadikan kekasih dengan harga RM1000, namun Johan hanya meletakkan RM67.91 sebagai harga permulaan. Katanya, harga tersebut diletakkan sempena tarikh lahirnya dan dia mengharapkan untuk mendapat harga yang jauh lebih tinggi untuk jual beli tersebut.

The Malay Mail sebelum ini pernah mempersoalkan mengapa Johan tidak meletakkan RM679 sebagai harga permulaan memandangkan harga tersebut tidak lari jauh dengan ‘penjual’ pertama. Namun Johan tidak mahu menjual dirinya dengan harga yang terlalu tinggi sebagai permulaan. Wahhh memahami!

Wahhh yang single-single tu tak ada lah sunyi dah lepas ni. Kalau berminat, cepat-cepatlah try ye!

Sumber : Lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.