Header Ads

Isteri Nekad Langgar Kereta Suami, Setelah Nampak Suami Bersama Perempuan Lain

Loading...
Jika sebelum ini seorang lelaki kantoi curang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, kali ini ada pula kisah yang hampir sama berlaku. Terbaru, seorang lelaki curang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang dikatakan berlaku di negara seberang.

Menurut Coconuts, seorang wanita telah menyaksikan dengan mata sendiri lelaki yang merupakan suaminya bersama dengan wanita lain di dalam kereta. Berang dengan kecurangan suaminya, wanita itu dikatakan telah cuba melanggar kereta yang dipandu lelaki berkenaan menggunakan Toyota Fortuner miliknya.

Isteri Nekad Langgar Kereta Suami Setelah Nampak Suami Bersama Perempuan Lain

Kejadian yang berlaku di Kalimantan Tengah ini melibatkan Abdi Sunaryati dan suaminya, Muhammad Naim yang memandu Mitsubishi L300. Pada waktu itu, Abdi sedang memandu kereta bersama anaknya. Ketika di persimpangan jalan, dia ternampak kereta suaminya lalu bertindak untuk mengintip lelaki itu.

Mengejutkan, Abdi terlihat seorang wanita tidak dikenali duduk bersebelahan suaminya ketika di dalam kereta. Abdi kemudian mengekori kereta Muhammad sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Kota Sampit dan melihat suaminya menghantar wanita tersebut pulang.


Menyedari si isteri sedang mengekorinya, Muhammad memecut dengan laju ketika mendekati satu persimpangan. Namun kelajuan kereta milik Muhammad tidak dapat menandingi kepantasan kereta milik isterinya. Abdi bertindak melulu melanggar kereta Muhamamd dengan kuat sehingga kenderaan suaminya itu merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

Kemalangan tersebut menyebabkan kereta Muhammad rosak dengan teruk sekali, manakala mangsa pula mengalami kecederaan di muka, dagu dan kaki kiri.


Pegawai polis bertugas, Yudha Setiawan memberitahu bahawa Muhammad terpaksa dimasukkan ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan selepas dilanggar. Pun begitu, Abdi dan anaknya yang berada di dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan selain bahagian depan keretanya rosak teruk.


Fuh dahsyat akak ni, dia langgar terus suami dia yang curang tu! Jangan main-main!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.