Header Ads

Kenapa Dejavu Boleh Terjadi Kepada Manusia?

Loading...
Korang pernah rasa tak bila berada di situasi baru, di tempat baru atau suasana baru yang belum pergi tapi korang rasa macam korang dah pernah terjadi atau berada di situ, seolah pernah pergi dan ada kat sana walaupun waktu tu anda tak ingat apa yang terjadi. haa, itulah yang dipanggil Dejavu.

Perkataan Dejavu datang dari Perancis. walaupun begitu, dejavu kini lebih banyak digunakan sebagai ungkapan untuk menggambarkan perasaan bahawa situasi macam tu pernah berlaku walaupun sebenarnya tidak.

Dejavu: Mengapa Boleh Terjadi?

Dejavu sebenarnya bukanlah masalah yang serius kerana 60 hingga 80 peratus manusia pernah mengalaminya. Namun, kenapa kita boleh mengalami dejavu? Ada tiga teori yang menerangkan mengapa dejavu boleh terjadi dari perspektif sains dan barat.

1. ERROR

3 Teori Kenapa Dejavu Boleh Terjadi Kepada Manusia

Menurut teori ini, otak tiba-tiba mengalami masalah saat menerima deria untuk menyimpan memori atau mengalami 'error' dan mengambil jalan pintas. Ingatan jangka pendek dan jangka panjang di dalam otak mengalami masalah dalam masa yang singkat.

2. PERINGATAN

3 Teori Kenapa Dejavu Boleh Terjadi Kepada Manusia

Reminder atau mengingatkan. menurut teori ini, otak anda sedang berusaha mengingat hal-hal tertentu. Samada sebuah objek, bau, atau suara yang pernah dikenali. Hal-hal ini kemudian akan menguatkan ingatan yang sudah tersimpan di dalam otak.

Oleh itu, perkara inilah yang memunculkan perasaan 'familiar' dengan situasi yang sedang terjadi walaupun sebenarnya anda sedang mengalami pengalaman baru.

3. PEMIKIRAN YANG TERPOLA

3 Teori Kenapa Dejavu Boleh Terjadi Kepada Manusia

Organised thought atau pemikiran yang terpola. Tahukah anda bahwa otak manusia punya kapasiti yang sangat menakjubkan untuk mengenali dan mengingat sebuah pola.

Pola di sini bukan cuma pola bentuk yang boleh dilihat saja, tapi juga sesuatu yang abstrak seperti percakapan, bau, suasana, dan sejenisnya. sebab itu, ketika anda melihat atau mengalami pola yang sama, maka perasaan dejavu ini akan muncul kembali.

Jadi, Dejavu adalah suatu cara yang dilakukan otak untuk memberitahu kita bahwa ada sesuatu yang ingin kita ingat atau suatu memori yang ingin kita munculkan kembali.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.