Header Ads

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

Loading...
Sepanjang hari ini boleh dikatakan kecoh dengan kisah pelakon dan pengacara, Neelofa melancarkan produk jenama hijabnya, Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur. Netizen yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut mempersoal tindakan Neelofa memilih tempat seperti ‘itu’ untuk memperkenalkan jenama hijabnya.

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

Disebabkan isu ni, ramai pengguna media sosial meluahkan komen mereka dan ada di antaranya telah menjalankan satu gerakan memboikot personaliti tersebut di media sosial. Alamak! Macam mana ni Neelofa?

Namun apa yang lebih mengejutkan, sebuah parti politik terkenal Malaysia melalui laman Facebook peminat mereka telah menaikkan post berkaitan hal tersebut dengan meminta pengundi mereka untuk memboikot secara besar-besaran kepada pelakon drama Red Velvet itu.

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

Laman Facebook peminat parti politik tersebut menulis,

“Tahukah anda, semalam beliau telah melancarkan koleksi tudung beliau di kelab malam? 

“Kemudian berjoget terkinja-kinja. Kelab malam penuh dengan hidangan arak. Kenapa mesti melancarkan tudung di KELAB MALAM? Sungguh keji perbuatan ini. Sedangkan banyak lagi tempat-tempat yang sesuai.

“Memakai tudung untuk menutup aurat adalah syariat umat Islam. Tiada apa lagi yang boleh kita ajar, melainkan kita boikot beliau besar-besaran supaya perkara ini tidak diulang lagi.” 

Fuh mereka nampak serius jugak dalam isu ni! 

Pengguna Facebook di dalam laman tersebut juga turut menyatakan sokongan mereka terhadap perkara ini dengan menyifatkan inilah situasi manusia di akhir zaman. Aduhai! 

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

Bagi mereka yang masih samar-samar sama ada boleh ke tidak lakukan majlis perlancaran hijab di dalam kelab malam seperti Zouk, ini salah satu penjelasan yang kami jumpa di Twitter.

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

Malah tambahnya lagi, bagi mereka yang fikir majlis ini dilakukan sebagai salah satu daripada marketing strategy untuk menaikkan jenama Naelofar Hijab, anda kena ingat! Matlamat tak menghalalkan cara tau!

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

"Neelofa Nak Orang Bertudung Berjoget Dalam Kelab Malam Ke?"-Parti Politik Boikot Neelofa?

Apa-apapun semoga isu ini cepatlah diselesaikan. Tak best pulak bila ada yang terasa dan isu ni pun berkaitan dengan hal agama. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan penunggang agama. 

Sumber:Lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.